Resepi Dan Cara Buat Kuih Melaka Yang Disukai Ramai

Resepi Dan Cara Buat Kuih Melaka Yang Disukai Ramai

Rasanya memang ramai yang suka kuih Melaka ni atau gelaran onde-onde. Oleh itu, anda boleh tengok sini resepi dan cara untuk buat kuih melaka dengan mudah.

Antara kuih muih Malaysia yang sedap dimakan begitu sahaja dan ianya sesuai dimakan di setiap waktu. Tetapi pastinya kalau dapat makan waktu petang iaitu ketika makan petang akan menjadikan ianya lebih sedap. Ini kerana selepas badan kita letih bekerja, kita akan makan makanan yang manis untuk tambah tenaga.

Kuih ini juga antara yang popular di setiap negeri walaupun namanya menggunakan nama Melaka. Ini bukan bermakna ianya popular di Melaka tetapi nama gula yang digunakan adalah menggunakan gula melaka.

Kalau anda bercadang untuk masak atau buat onde onde ini untuk sajian minum petang untuk keluarga. Anda boleh ikuti resepi dan cara buat kuih melaka ini. Dengan itu, pastinya penyediaan kuih ini akan menjadi untuk disajikan kepada yang tersayang.

Cara Buat Kuih Melaka

Cara penyediaan mengikut resepi kuih melaka ini mengikut sukatan untuk untuk 5 ke 6 orang. Jadi jika anda ingin buat lebih daripada itu atau kurang, anda sukat kembali bahan-bahan yang disenaraikan mengikut keperluan

Resepi Dan Cara Buat Kuih Melaka Yang Disukai Ramai

Bahan-Bahan

  • 500 g tepung pulut
  • 1 keping gula melaka (potong kecil-kecil)
  • 1 sudu kecil perwarna daun pandan
  • 1 sudu kecil pewarna
  • Air secukupnya
  • Kelapa parut
  • Secubit garam

Cara Buat Kuih

  1. Gaul tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Untuk lagi sedap, anda boleh guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Kemudian uli campuran tepung tersebut samapi doh tersebut tidak melekat pada tangan
  3. Ambil adunan sebesar jari, kemudian gentel lembut supaya akan menjadi bulat. Kemudian leperkannya
  4. Letakkan gula melaka yang dipotong kecil sebentar tadi di dalam adunan tersebut
  5. Gentel sekali lagi sehingga doh tersebut nampak sempurna
  6. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat bila kuih tu dan timbul. Kemudian, biarkan seketika
  7. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yang sudah dicampurkan dengan secubit garam. Siap!

Post a Comment

Previous Post Next Post