PENJANA: Antara Aplikasi Yang Tidak Boleh Digunakan Menggunakan Data 1GB Percuma

1GB percuma PENJANA

Jumaat yang lepas, Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Negara (PENJANA) bagi menaikkan kembali ekonomi negara. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan adalah data internet 1GB percuma sehingga Disember 2020.

BACAPelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Diperkenalkan Daripada Kerajaan

Kalau pada awal PKP sebelum ini, Kerajaan juga ada memperkenalkan data internet 1GB percuma tapi dibawah PRIHATIN yang membolehkan semua pengguna internet menikmati data percuma tanpa had kepada beberapa aplikasi di peranti.

Berbeza dibawah PENJANA, dimana dengan 1GB percuma tersebut, ada beberapa aplikasi yang tidak menyokong data internet tersebut seperti yang disenaraikan oleh syarikat Telco yang ada di Malaysia. Kali ini ianya lebih mengfokuskan kepada akses pembelajaran dan produktiviti terpilih. Sebelum itu, anda boleh menggunakan 1GB data internet ini bermula 10 Jun hingga 31 Disember 2020 iaitu dari 8 pagi hingga 6 petang.

Aplikasi Yang Tidak Menyokong Data 1GB Percuma PENJANA

1GB percuma PENJANA

Antara 40 aplikasi yang tidak menyokong 1GB Percuma ini adalah daripada aplikasi media sosial, permainan mudah alih dan penstriman video mahupun muzik. Berikut antara aplikasi yang terlibat

Video Games
Arena of Valor, Call of Duty, Free Fire, King of Glory, Legends of Runeterra, LifeAfter, Lords Mobile, Mobile Legends, PUBG Mobile dan Rise of Kingdoms

Muzik
Apple Music, JOOX, Shazam, Smule, Sound Cloud, Spotify, SYOK, QQ Music, WeSing, Youtube,

Media Sosial
Bigo, Facebook, Instagram, Snapcha, Telegram, TikTok, Tumblr, Twitter, WeChat, YY Live

Video
Bigo, Dailymotion, FB Live, IGTV, JOOX, Netflix, TikTok, Viu, YouTube, YY Live

Senarai ini dikeluarkan oleh Celcom, DiGi, Maxis, UMobile dan TM Unifi. Manakala selain daripada 40 aplikasi ini, anda boleh akses menggunakan data 1GB Percuma tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Walaupun begitu, melalui PENJANA juga, anda boleh akses dan melayari pautan Pendidikan, Produktiviti dan Perkhidmatan Maklumat Terpilih. Antaranya seperti laman e-pembelajaran yang boleh digunakan tanpa had serta penggunaan Microsoft Office 365 dan laman web Kementerian Kesihatan (MOH)

laman e-pembelajaran Classruum, Udemy dan SunagoLearn dapat dilakukan tanpa had. Pengguna Microsoft Office 365 dan aplikasi telesidang Zoom juga turut boleh  diakses tanpa had. Akhir sekali penggunaan aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace juga boleh diakses secara percuma bagi menyokong usaha kerajaan menentang Covid-19

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended