Duck Hadiahkan Tali Leher Edisi Marvel Kepada Frontliners Sempena Hari Bapa

Duck Hadiahkan Tali Leher Edisi Marvel Kepada Frontliners Sempena Hari Bapa


Baru-baru ini jenama popular Duck telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru daripada mereka sempena Hari Bapa iaitu Tali Leher edisi Marvel, Marvel x dUCk. Ianya memperkenalkan 5 rekaan iaitu JARVIS, ARMORED, BILLIONAIRE, INVINCIBLE dan SUPER HERO.

Tetapi kerana ada sedikit kekeliruan, kurang 24 jam, penjualan tali leher tersebut ditarik semula seperti yang diumumkan oleh The dUCk Group dan memohon kepada kesemua pembeli muslim supaya memulangkan semula tali leher tersebut.

Duck Hadiahkan Tali Leher Edisi Marvel Kepada Frontliners Sempena Hari Bapa

Ini kerana, fabrik yang digunakan bagi penghasilan Marvel x dUCk ini diperbuat daripada kain jenis sutera. Kita sedia maklum, umat Islam terutamanya golongan lelaki haram dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang berasaskan sutera. Talih leher ini pastinya untuk golongan lelaki.

Hadiah Untuk Frontliners Bukan Muslim

Disebabkan itulah, pihak pengurusan the dUCk Group tampil memohon maaf kepada semua umat islam khususnya dan memaklumkan produk tali leher edisi Marvel ini akan dihadiahkan kepada frontliners bukan Muslim sempena Hari Bapa. 


Ianya telah mendapatkan komen positif daripada orang ramai berkaitan perkara ini menerusi akaun Instagram dUCk sendiri. Sedikit sebanyak, akan mengembirakan petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus bagi melawan pandemik COVID-19 ini. Sempena Hari Bapa juga, pastinya ia sangat bermakna terutamanya golongan bapa. 

Jadi bagi mereka yang telah membeli tali leher ini, pihak pengurusan berjanji akan memberi refund atau memulangkan semula duit kepada pelanggan


Walaupun dapat kecaman hebat pada awal perkenalan produk ini, tetapi akhirnya telah menjadi sebuah amal kebajikan yang baik. Dah la berjaya adakan kolaborasi dengan Marvel plak tu. Tahniah

Post a Comment

Previous Post Next Post