5 Jenis Sambal Yang Anda Boleh Buat Bagi Menambah Rasa Pedas Santapan Harian Anda

cara buat sambal pedas dengan mudah

Orang Malaysia rasanya sinonim dengan masakan pedas. Ada yang bagi tahu, kalau nak makan kena ada rasa pedas lagi-lagi kalau datang daripada sambal.

Jadi setiap kali santapan terutamanya bersama nasi putih, kena tambah sambal, tidak kira ianya jenis apa pun sekali. Jadi jom kita tengok 5 jenis sambal yang anda boleh buat sendiri di rumah bagi menambah dalam menu harian anda.

Setiap cara masak mungkin ada sedikit perbezaan tetapi asasnya untuk pedas, mestilah ada cili api bersama-sama dengan cili besar jika perlu. Barulah pedas sambal kita tu kan. Jom tengok senarai cara buat sambal dibawah.

1.   Sambal Gesek

Sambal Gesek

Ianya diberi nama sedemikian, mungkin untuk membuatnya dengan cara gesek cili padi tersebut. Gesek sehingga lumat dengan campuran yang disediakan dan barulah boleh dihidangkan

Ramuan : Cili api, bawang putih, ikan bilis, bawang besar, gula dan garam

Cara Masak : Cara membuatnya adalah dengan gesek kesemua bahan dan tumis menggunakan sedikit minyak sehingga lah masak. Akhirnya, perah sedikit limat diatasnya. 

2.   Sambal Goreng

Sambal Goreng

Ini antara sambal yang popular iaitu Sambal Goreng. Ianya berbeza sedikit dengan sambal lain, ini kerana anda menggunakan cili kering yang dikisar. Jadi ianya semata-mata cili bersama cili api.

Ramuan : Cili api, cili kering, bawang besar, bawang putih, asam keping, garam dan gula.

Cara Masak : Anda perlu kisar terlebih dahulu semua bahan seperti di atas. Setelah siap, berikan sedikit perasa masam dengan masukkan asam keping

3.   Sambal Limau Nipis

Sambal Limau Nipis

Sambal limau nipis ni biasa disajikan dengan bersama-sama ikan bakar. Tak lengkap ikan bakar tanpa sambal ini. Barulah rasa lemak masam manis ikan tersebut akan rasa. Selain itu, sambal limau nipis ini tidak perlu masak, jadi bebas minyak. Jadilah makanan sihat.

Ramuan : Limau nipis, belacan, cili api, cili besar, bawang, gula dan garam 

Cara Masak : Kalau tadi gesek, kali ini anda boleh tumbuk sahaja semua bahan yang disenaraikan. Kemudian barulah hiris nipis buah lumau dan masukkan ke dalam sambal. Kacau bagi sebati.

4.   Sambal Mangga

Sambal Mangga

Dengan buah manis pun boleh dibuat sambal tau. Itulah uniknya makanan Malaysia. Tetapi ianya tetap sedap dimakan dengan nasi putih.

Ramuan : Cili api, mangga, belacan, bawang putih, bawang besar, gula dan garam

Cara Masak : Anda kisar semua bahang tersebut kecuali mangga. Anda masukkan mangga yang dipotong nipis pada waktu akhir dan digaul sekali.

5.   Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

Sambal yang suka untuk ditolak apabila adanya gabungan antara petai dan tempoyak. Disemping rasa pedas cili api, adanya rasa manis tempoyak dan petai. Sedap weh! Anda kena cuba untuk buat sambal ini.

Ramuan : Ikan bilis, petai, tempoyak, bawang besar, cili api, bawang putih, garam dan gula.

Cara Masak : Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing. Tumis cili dan bawang putih, bawang besar dan masukkan tempoyak. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai tadi beserta garam dan gula secukup rasa

Post a Comment

Previous Post Next Post