Premier League (EPL) Akan Bersambung Pada 1 Jun Ini

Premier League (EPL) Akan Bersambung Pada 1 Jun Ini

Berita baik untuk 2 golongan bila dikhabarkan Premier League akan bersambung semula pada 1 Jun ini iaitu kepada peminat Liverpool terutamanya dan juga peminat bola secara amnya bagi seluruh dunia.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat green light daripada president UK, Boris Johnson seperti dilaporkan Thesun setelah membenarkan Premier League di sambung tetapi dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan selari dengan cadangan daripada WHO.

Premier League Disambung Pada 1 Jun

Kerajaan UK membenarkan Premier League bersambung tetapi bermain di stadium tertutup dimana tidak dibenarkan kehadiran penonton bermula 1 Jun 2020. Walaupun sedemikian, tayangan secara live di televisyen berjalan seperti biasa. Jadi pada hari perlawanan, hanya melibatkan pemain, petugas pasukan dan petugas perlawanan sahaja.

Premier League (EPL) Akan Bersambung Pada 1 Jun Ini
gambar : twitter thesun

Perkara ini akan berterusan sehingga vaksin COVID-19 dijumpai. Jadi, jika ianya berterusan sehingga musim baharu yang akan datang, mungkin tiada penonton dibenarkan masuk ke stadium lagi. 

Berita ini pastinya mengembirakan pasukan Liverpool yang kini menduduki tangga teratas dengan perbezaan 25 mata iaitu jurang yang agak besar. Sepertinya, Liverpool hanya memerlukan 2 lagi perlawanan dengan kemenangan untuk ditabalkan sebagai juara liga Inggeris buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun. Adakah mereka mampu?

Premier League sebelum ini terpaksa diberhentikan perlawanan selepas UK juga diserang pandemik COVID-19 sehingga president mereka sendiri dijangkiti virus ini. Tetapi kini, beliau sudah negatif COVID-19 dan telah memulakan tugas seperti biasa. 


Adakah anda teruja apabila hujung minggu anda kini kembali dengan bola sepak sebanar seperti sedia kala? Atau anda berduka cita, sebab Liverpool nak angkat Piala dah? Takpa la kan, bagi chance selepas 30 tahun, angkat piala dalam stadium kosong.

Post a Comment

Previous Post Next Post