Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Bagaimana Beliau Adakan Majlis Perkahwinan Dengan Belanja Kurang Daripada RM5000


Siapa sangka sebenarnya, untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan bajet yang rendah boleh sahaja. Wanita ini telah buktikan yang beliau berkahwin sebelum ini dengan kurang daripada RM5000 sahaja.

Cabaran perkahwinan sekarang ini adalah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kadang lebih 20k. Jika bagi golongan berpendapatan tinggi, pastinya benda tiada masalah tetapi bagaimana golongan sebaliknya. Jadi biasalah kita dengar, nak kahwin sampai kena buat loan peribadi. Lepas kahwin kena bayar hutang pula.

Jadi kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan kelak, mungkin anda boleh ambil inspirasi daripada perkongsian @datininaz di Twitter yang mana beliau bersama pasangan hanya melangsungkan perkahwinan tak lebih RM5000 pun.

Perkahwinan Bajet, Kurang Daripada RM5000

Menggunakan nama Mader Inaz di Twitter, tweet beliau telah mendapat lebih 13k Retweet dan 23K Like bersama pelbagai reply dan maklum balas daripada pengguna twitter. Jom kita tengok rahsia beliau bagaimana bajet kahwin kurang daripada RM5000 sahaja.

Antara perkara wajib yang perlu anda sediakan sebelum berkahwin. Tidak boleh tidak, kena juga buat untuk dibenarkan berkahwin jika di Malaysia.
  1. HIV test (RM1) 
  2. Kursus kahwin (RM80-120 depends negeri)
  3. Upah Tok Kadi (RM160)
  4. Mas kahwin (RM22.50 -JB - ikut negeri juga)


Jadi jumlah keseluruhan pada bahagian wajib ini adalah RM263.50. Sebenarnya, jumlah ini sudah cukup untuk anda berkahwin, tetapi pastinya mahukan majlis yang mengikut bajet kita kan.

Jadi untuk bahagian ini adalah perkara kemahuan (bukan wajib) bagi melangsungkan majlis perkahwinan dengan bajet yang anda tentukan.

Dulang Hantaran (RM200)

Aku DIY je, jangan bagi alasan tak pandai la tak kreatif la, dah tahu takda budget, belajar lah sebulan sebelum majlis aku dah siapkan semua. Cost dalam RM200

Dulang Hantaran

Pelamin (RM350)

Aku amik mini pelamin je, harga pun RM350 je pelamin ni. Cute kan? Sekarang RAMAI tawarkan harga memurah, kau kena rajin cari je

Pelamin

Kad Jemputan Kahwin (RM0)

Perlu ke? Yakin perlu? Tak pun, sebab sekarang semua online je! So buat e-card sendiri je k? Senang je, cari background card, then add details pakai app Phonto, pastu send la kat kenalan rapat dan famili, kalau nak simpan satu, print je

Kad Jemputan Kahwin

Baju Pengantin (RM200)

Baju aku sarankan korang sewa je kalau nak letop-letop, tapi budget rm200 sebenarnya boleh je beli baju yang simple tapi cantikk! Baju aku, beli kain pastu mak jahitkan. Alhamdulillah thank you makkku

Katering 200pax (RM2200)

Aku amik katering Warisan Ibu kat FB, tahun 2018 RM11/pax je. Alhamdulillahhh makanan sedap cukup semua siap ada buah! (Sori takda gambar sebab biasa lah, pengantin pun tak sempat nak makan)

Doorgift (RM0) 

pada aku, tak perlu kalau nak save budget, so RM0.00 lah pada bahagian doorgift. Tapi kalau korang nak juga, aku suggest cari doorgift kat shopee, macam-macam ada

Makeup Pengantin (RM0)

Makeup sendiri je. Aku 3 bulan sebelum kahwin tiap hari ngadap muka practice makeup. Takda duit, takda alasan. Benda boleh belajar kan? Tapi kalau kata teringin nak makeup have-have, jeling-jeling la budget berapa dulu

Makeup Pengantin

Inai Pengantin (RM20)

Inai aku ada kawan sponsor sebab dia henna artist, tapi kalau nak jimat korang pakai inai di jari je. Beli HennaLine punya inai daun tuu

Inai Pengantin

Khemah (RM600)

Since aku buat majlis nikah terus makan-makan, kena lah ada khemah untuk tetamu kan. Aku amik 2 khemah je sebab orang takkan datang serentak, satu khemah anggaran Rm250-400 camtu depends. (gambar khemah sekadar hiasan)

Khemah

Jadi daripada jumlah kemahuan adalah sebanyak RM3570. Jika ditambah dengan perbelanjaan wajib dan kemahuan adalah sebanyak RM3833.5 secara kasarnya iaitu kurang daripada RM5000.

Beliau telah buktikan, walaupun perbelanjaan kecil tetapi mampu untuk adakan majlis perkahwinan dalam keadaan baik. Beliau juga menasihatkan beberapa perkara antaranya, jauhkan daripada kritikan masyarakat tentang perbelanjaan perkahwinan. Anda nak kahwin, tengok bajet anda, bukan tengok pandangan makcik bawang.

Selain itu, jangan susahkan hidup diri dan pasangan dengan perbelanjaan jika tidak mampu. Tak perlu nak buat loan bagai, yang penting kehidupan selepas itu. Akhir sekali, jika berkaitan dengan kawan-kawan ibubapa kita yang nak hadir, cuba slowtalk dan berbincang dengan mereka. Disebabkan bajet anda takat itu sahaja, hanya itu sahaja yang mampu. Mungkin mereka faham.

The best part, tiada hantaran beb!

Mungkin tak semua mampu untuk buat perkara ni. Apa-apapun bincang dengan keluarga dahulu. Dapatkan kata sepakat. Nak buat majlis perkahwinan dengan bajet yang kita ada sahaja.  


Kepada bakal pengantin, hellokerja ucapkan selamat pengantin baru. Musim PKP ni, nikah online je la. Lagi murah hehe



Post a Comment

Previous Post Next Post