Beza Antara Pomade, Wax Dan Gel

Beza Antara Pomade, Wax Dan Gel

Lelaki ni tak banyak aksesori yang mereka ada berbanding perempuan antaranya adalah yang dipakai pada rambut supaya nampak kemas. Ada pomade, ada wax dan gel. Jadi antara semua ni, apa beza sebenarnya?

Lambakan produk-produk ni di pasaran pasti banyak keliru apa sebenarnya beza pomade, wax dan gel ni kan. Mana yang sesuai untuk anda gunakan dalam pengayaan rambut anda. Jadi sebelum anda nak beli mana-mana produk ini, anda perlu tahu perbezaan pomade, wax dan gel ni terlebih dahulu. Lepas tu barulah decide nak beli untuk kegunaan diri.

Produk-produk ini mudah sahaja dapatkan di pasaran. Tetapi anda kena la pilih mengikut kesesuai keadaan rambut anda. Kalau tak sesuai, takut membazir pula nanti. Jom tengok apa beza pomade, wax dan gel.

Pomade

Pomade

Secara amnya, kegunaan pomade ini akan memberi kesan kepada rambut dengan menjadikannya berkilat dan tampak basah. Jadi kalau anda mempunyai rambut yang kering, pomade sesua untuk anda lagipun ianya mempunyai tekstur yang mudah kering dan senang digayakan dan digunakan. 

Bahan yang biasa digunakan dalam penghasilkan pomade adalah daripada minyak yang mengandungi lemak dan zat berminyak seperti wax. Di pasaran, kebiasaanya anda akan jumpa 3 jenis pomade iaitu berdasarkan air, minyak dan gabungan keduanya. Yang pastinya, jika anda memakainya, ia akan memberi kesan rambut yang licin, bersinar, kering dan tahan lebih lama berbangin wax dan gel.

Pomade diambil daripada perkataan Perancis bermaksud 'salep' iaitu sejenis gel daripada buah-buahan. Disebabkan itulah, jika anda lihat produk di pasaran, kebanyakkan pomada memberi bau ke arah bau buah-buahan.

Info lanjut : Pomade

Gel

Gel

Seterusnya adalah Gel iaitu produk yang berasaskan air. Fungsinya adalah memberikan kekuatan pada stail rambut anda. Produk gel yang baik adalah yang diperkaya dengan vitamin yang boleh mengurangkan masalah rambut sera kelemumur.

Gel lebih murah di cuci dan dapat hilang dengan hanya menggunakan air sahaja. Tak perlulah sental beria jika dibandingkan dengan pomade dan wax. Gel terdiri daripada pelbagai jenis daripada jenis yang ringan hingga yang berat. Semakin halus rambut anda, sebaiknya gunakanlah gel yang lebih ringan.

Info lanjut : Gel

Wax

Wax

Wax dalam bahasa adala lilin kerana ianya diperbuat daripada lili dan bentuk seperti gel tetapi lebih kental. Anda sesuai menggunakannya bagi menggayakan rambut pacak (spiky) atau rambut yang tidak berstruktur namun masih mampu memberi imej stylish buat lelaki.

Jadi kalau rambut anda jenis berminyak, wax adalah pilihan yang sesuai kerana wax akan kering setelah beberapa jam dan mudah dibentuk kembali selepas itu. Kalau anda mempunyai rambut yang halus dan panjang, wax kurang sesuai untuk anda. Selain itu, wax agak sedikit susah untuk dicuci dan dibersihkan. Jadi kalau rambut panjang, lagi susah la nak cuci kan.

Info lanjut : Wax

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended