Vivy Sediakan Platform E-Bazar Secara Percuma Bantu Peniaga Sepanjang Ramadan

Usahawan berjaya, Vivy Yusof akan menyediakan sebuah platform Bazar Ramadan Online kepada peniaga sepanjang Ramadan. Ianya akan diberikan secara percuma.


Bagi menyahut seruan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19, Vivy Yusof akan menyediakan platform dalam talian bagi menjual dan membeli makanan seperti Bazar Ramadan tetapi di buat secara online.

Keputusan ini telah diumumkan sendiri di laman Instagram milik beliau memberitahu akan menolong para peniaga memasarkan dan menjual juadah mereka secara percuma.

Bazar Ramadan Online Secara Percuma

Anjuran ini dibuat oleh FashionValet sendiri yang dinamakan FVBazaar untuk semua peniaga makanan dan minuman. Beliau menjemput peniaga yang ingin menjual juada mereka untuk mendaftar dan menggunakan khidmat ini secara PERCUMA dan TANPA KOMISEN. Team mereka juga akan memberikan khidmat pengiklanan sepanjang tempoh ini.



View this post on Instagram

Proud to launch FVBAZAAR, an online bazaar ramadhan that we will be doing on our website starting from 17 April. A lot of local f&b operators have messaged me asking me to promote their products and whilst I can't help all of them, this is an initiative that I hope will help even MORE of them at one go. FV will take no commission from this, or charge any listing fee. It is FOR FREE. Marketing team and myself will also be featuring vendors often in order to help boost. This is one of our initiatives to help the community feel closer together during this coronavirus phase, we sincerely want to bridge local vendors to our customers. Hope it will help our local heroes! We announced this yesterday and have gotten many applicants selling cookies, cakes, satay, drinks, kuih etc. If you know any f&b vendors, please tag them. To register, link in my bio. ❤
A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Anda boleh senaraikan sehingga 10 menu serta butiran untuk pelanggan hubungi anda secara terus. Anda boleh mendaftar di website FashionValet bermula 17 April 2020 seperti yang diumumkan sendiri di laman Instagram milik beliau.

Jadi kepada anda yang ingin berniaga kuih, sate, kek, minuman, sama ada makanan dan minuman sepanjang Ramadan ini, jangan lupa untuk DAFTAR DISINI

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended