Rasanya siapa yang tak kenal artis K-Pop yang terkenal iaitu BTS. Merupakan sekumpulan penyanyi membentuk sebuah kumpulan dan digilai oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. BTS yang terkenal dengan lagu Boy With Luv, Black Swan, Fire dan banyak lagi.
Berita ini pastinya paling ditunggu-tunggu oleh kelab peminat mereka dinamakan Army. Pastinya ini memberikan keterujaan maksima kepada mereka. Manakan tidak, mereka kini juga mampu untuk tonton konsert BTS sama seperti berada di acara tersebut walaupun hanya tonton melalui komputer ataupun telefon bimbit.
BTS Belanja Konsert Percuma Sempena COVID-19
Keputusan ini juga dibuat, selepas beberapa siri jelajah dunia bagi Konsert 2020 terpaksa dibatalkan kerana krisis pandemik COVID-19 yang kini berlaku di seluruh dunia. Sebagai menyahut saranan WHO for 'Stay At Home', BTS belanja konsert untuk semua orang.
Antara siri jelajah konsert BTS yang akan ditayangkan seperti BTS Live : The Most Beautiful Moment in Life On Stage pada 2015 dan BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour In Seoul (2017).
Ikuti senarai penuh siri jelajah konsert BTS yang akan ditayangkan
18 April 2020
- Part One: 2015 bts live <hyyh on stage>
- Part Two: 2016 bts live <hyyh on stage: epilogue>
- Part Three: 2014 live trilogy: episode ii the red bullet
- Part Four: bts third muster [army.zip+]
19 April 2020
- Part One: 2017 live trilogy ep. iii the wings tour in seoul
- Part Two: 2017 live trilogy ep. iii the wings tour the final
- Part Three: fourth muster [happy ever after]
- Part Four: world tour: love yourself in seoul
Post a comment