Senarai Bazar Ramadan Yang Menjalankan Secara Online

Kita sedia maklum, sudah banyak negeri telah mengumumkan pembatalan Bazar Ramadan disebabkan krisis COVID-19 yang melanda di Malaysia. Tapi jangan risau, Bazar Ramadan Online ada.

Senarai Bazar Ramadan Yang Menjalankan Secara Online

Setakat ini antara negeri yang tidak akan menjalankan bazar Ramadan pada tahun ini seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, kesemua Wilayah Persekutuan dan juga Sarawak.

Jadi sebagai alternatif, negeri-negeri tersebut telah menyediakan dan memperkenalkan beberapa kaedah dengan menjalanakan Bazar Ramadan secara "online". Iaitu kesemua jual beli akan dijalankan secara atas talian tanpa anda perlu pergi ke bazar dan berkumpul dengan ramai orang semasa membeli.

15 Senarai Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang

Senarai Bazar Ramadan Yang Menjalankan Secara Online

Selain daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sendiri, ternyata rakyat terutamanya golongan peniaga juga bergerak ke hadapan dengan lebih pantas iaitu menerbitkan sebuah Group Facebook bagi mengadakan Bazar Ramadan Online.

Kebanyakkan tempat di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai akses penghantaran seperti GrabFood dan FoodPanda. Jadi selain itu, mungkin alternatif menyediakan perkhidmatan runner yang disediakan sendiri oleh pihak penjual.

Senarai Bazar Ramadan Online

Jadi jika anda berada di salah satu kawasan yang disenaraikan ini, kelak anda boleh membuat tempahan seperti yang disenaraikan oleh penjual. Anda hanya tempah dan membuat pembayaran secara atas talian kemudian akan ada yang hantar makanan kepada anda.

Grab E-Bazar Ramadan

Senarai Bazar Ramadan Yang Menjalankan Secara Online

Selain alternatif daripada Group Facebook, Grab juga ada menyediakan platform kepada peniaga secara atas talian yang dinamakan Grab E-Bazar Ramadan. Setakat ini hanya Selangor dan Kuala Lumpur sahaja mendapat akses e-Bazar ini. Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di portal Grab


sumber: Hype.my

Post a Comment

Previous Post Next Post