Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Ternyata peperangan membanteras penularan COVID-19 akan diteruskan dimana Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri melalui perutusan khas di beberapa saluran media konvesional di TV dan juga melalui live streaming di media-media sosial.

"Kita masih belum menang (perangi COVID-19), tetapi saya yakin kita akan menang"

Dalam ucapan beliau, memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini telah bermula pada 18 Mac 2020 yang lepas kemudian disambung dari fasa 2 ke fasa 3 dan kini diberitu akan dilanjutkan 2 minggu lagi untuk fasa 4 bermula 29 April hingga 12 Mei 2020.

Dalam ucapan beliau juga, kemungkinan dilanjutkan lagi berdasarkan situasi semasa. Manakala SOP lain akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri memberitahu, jika kes-kes COVID-19 ini terus mencatatkan penurunan yang ketara selepas ini, kerajaan mungkin akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Kini MKN sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini.

Dalam itu juga, mungkin ada syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat kerja. Jadi mungkin anda boleh kembalik kerja kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post