10 Resepi Puding Yang Anda Boleh Cuba Sepanjang Tempoh PKP

Anda nak rasa makanan manis dan nak buat sendiri di rumah dikala PKP ini. Mungkin anda boleh cuba 10 resepi puding pelbagai jenis penyediaan. Sedap!

10 Resepi Puding Yang Anda Boleh Cuba Sepanjang Tempoh PKP

Ramadan pun sudah menjelang tiba, tambahan pula disambut di dalam suasana PKP. Jadi selama tempoh ini, kita tidak dibenarkan keluar rumah. Jadi duduk rumah, kena atur perkara berfaedah yang boleh kita buat seperti memasak.

Tambah lagi bulan puasa, mesti nak masak bila sampai waktu berbuka nanti kan. Jadi kalau rasa nak cuba menu masakan manis, mungkin boleh cuba buat puding. Ianya boleh dijadikan santapan pencuci mulut selepas makan ataupun sebagai juada berbuka puasa kerana ianya tidaklah berat seperti nasi, tambahan lagi digalakkan berbuka dengan benda yang manis seperti kurma ataupun puding itu sendiri.

Jadi jom tengok 10 jenis resepi puding yang mungkin anda boleh sediakan bagi juadah berbuka ataupun bila-bila nak makan.

10 Resepi Puding Sedap Yang Boleh Di Cuba


  #1.  Puding Kastad Berlapis

Puding Kastad Berlapis

Bermula dengan pusing kastad berlapis. Warnya terserah kepada anda, inginkan warna apa sama ada merah ke, hijau, atau koko sekali pun. Dalam resepi ini, warna yang digunakan adalah warna hijau. Jika berminat, anda boleh cuba hasilkan puding kastad berlapis ini dirumah.

Bahan-Bahan

  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air pewarna merah, hijau dan koko

Cara Memasak

  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan. Siap!

  #2.  Puding Roti Mable

Puding Roti Mable

Kali ini anda boleh buat puding berasaskan roti tetapi dalam acuan mable. Jadi persembahan luaran akan nampak menarik dan pasti orang lagi suka nak cuba. Jadi anda boleh dapatkan resepi puding roti mable seperti dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 paket agar-agar tali (18g )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan mentega
  • 3'1/2 cawan air
  • Pewarna merah
  • Serbuk koko atau cocoa emulco (boleh pilih nak pakai mana satu)

Cara Memasak

  1. Cuci agar-agar dan toskan airnya. Rebus agar-agar bersama dengan gula pasir dan sukatan 3 cawan air. Rebus sehingga lembut dan cair
  2. Blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur. Jika sudah siap, ketepikan dahulu
  3. Bila agar-agar sudah cair, masukan bahan-bahan blande tadi serta gaul rata (guna api sedang sahaja) tunggu smpai mendidih dan masukkan mentega kemudian gaul smpai mentega cair. Dah siap, padam api
  4. Bahagikan kepada 3 adunan
  5. Ambil 1 adunan, bubuh pewarna merah
  6. Bmbil lagi 1, bubuh koko (kalau guna serbuk koko pastikan bancuh dulu dgn 1 sudu kecil air suam bagi mengelakkan ketul-ketul nanti)
  7. 1 adunan lagi, biarkan kaler asli
  8. Ambil loyang, bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan seterusnye kaler coklat. Lapiskan dia dan buat smpai habis (proses ini perlu dilakukan dengan cepat ya)
  9. Ok siap, masukan dalam peti. Sedia untuk dihidangkan

  #3.  Puding Cocktail

Pudin Cocktail

Mungkin ini antara resepi yang paling mudah tetapi tetapi lazat keh. Puding cocktail mudah disediakan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, ia juga ada banyak kuah atau airnya. Makan ketika sejuk, sedapnya weh. Boleh cuba dengan ikuti resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 2 cawan bird custard
  • 8 cawan air

Bahan Kuah Cocktail**

  • 1.5gm tin susu cair - satu tin berat 410 gram
  • 7-8 sudu gula - bancuh dengan sedikit air panas untuk cairkan gula, boleh tambah lagi jika perlu
  • 1-2 tin fruit cocktail in syrup - berat 410 gram
  • 2 cawan air masak - untuk masuk dalam kuah cocktail, boleh tambah lagi jika perlu, ikut citarasa nak kuah pekat atau cair

Cara Memasak

  1. Masukkan bird custard dalam bekas. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
  2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak, biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
  3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.
  4. Campurkan semua bahan ** dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
  5. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Siap!

  #4.  Puding 3 Lapis

Puding 3 Lapis

Kalau tadi kita buat puding marble, kali ini kita buat 3 lapis pula. Jadi jika anda sediakan juadah di atas meja. Pastinya akan menarik orang lain untuk mencubanya. Cara untuk sediaka juga tidaklah terlalu rumit. Anda boleh cuba 

Bahan-Bahan

  • 10g agar-agar (1 paket)
  • 6 cawan air
  • 1 ½ cawan gula (saya guna 1 cawan)
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 1 sudu tepung kastard
  • Pewarna (merah jambu, hijau, kuning atau ikut kesukaan anda)

Cara-Cara

  1. Masakkan serbuk agar-agar, air, gula, susu cair dan tepung kastard sehingga larut dan mendidih.
  2. Bahagikan agar-agar sama banyak dalam 3 bekas yg berlainan dan masukkan warna.
  3. Tuang 1 warna ke dlm acuan dan sejukkan, apabila agar2 hampir beku tuang warna lain perlahan2 supaya warna x bercampur.
  4. Lakukan cara yg sama sehingga habis kesemuanya.
  5. Sejukkan dlm peti. Siap!

  #5.  Puding Oreo Lapis Milo

Puding Oreo Lapis Milo

Seterusnya adalah puding oreo lapis milo. Ini peminat milo dan oreo kena cuba untuk buat puding ini. Ini dengan namanya sudah cukup lazat apatah lagi bila lihat persembahan makanan dan anda cuba sendiri nanti. Boleh buat puding oreo lapis milo lepas ni.

Bahan-Bahan

  • 10 g serbuk agar-agar (tak kisah jenama apa)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus oreo (Biskut oreo anda patah-patahkan kan dua. Nak patah kan 4 pun boleh)
  • 750 ml air
  • 150 g gula
  • 3/4 cawan milo

Cara Memasak

  1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut (gunakan api sederhana)
  3. Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.
  4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan mereka menjadi 2 bahagian.
  5. Satu bahagian ni kita campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati..(anda kena pastikan takde ketul-ketul milo tau). Campuran milo ni juga anda kena pisahkan jadi 2 bahagian. Satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
  6. Bahagian pertama (milo) tadi boleh dituangkan ke dalam acuan.
  7. Tunggu sampai mengeras sikit, then tuangkan pula adunan putih tadi, yang tiada campuran milo tadi.
  8. Kemudian, taburkan oreo mengikut kreativiti memasing! sepatutnya oreo tu tenggelam dalam adunan putih tu.
  9. Then, tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit
  10. lepas tu tuangkan balik baki adunan yang ada milo tadi
  11. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk. Siap! dan boleh dihidangkan.

  #6. Puding Roti Coklat Pandan

Puding Roti Coklat Pandan

Kali ni kita gabungan 2 perasa untuk hasilkan puding roti coklat pandan. Ianya gabungan perasa coklat dan panda yang berasaskan puding roti. Untuk kali ini hanya 2 lapisan sahaja. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Hamidah HA di facebook

Bahan-Bahan

  • 4 keping roti putih (sy guna roti Gardenia)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170 ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin - cairkan
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sudu besar Chocolate Emulco (Dalam ini, guna Chocolate Emulco)
  • 1/2 sudu besar perisa pandan (guna 3 sudu besar jus pandan)
  • Sedikit pewarna hijau (guna pewarna "dark green")

Cara Memasak

  1. Carik-carikkan roti. Kisar roti bersama 1/2 cawan air, telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan dahulu. 
  2. Masak butter/marjerin hingga cair. Ketepikan juga 
  3. Masak serbuk agar2 bersama 3 cawan air dan gula di dalam periuk hingga mendidih
  4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan butter/marjerin yg telah dicairkan tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Masak dengan api perlahan sehingga agar-agar mendidih. Tutup api.
  7. Bahagikan agar-agar kepad 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan (guna jus pandan & pewarna "dark green") dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko atau Chocolate Emulco (guna Chocolate Emulco).
  8. Tuang bahagian coklat ke dalam loyang. Biarkan sejuk dan keras sedikit.
  9. Tuang bahagian hijau ke atas bahagian coklat tadi. Perlu dibuat dengan cepat sebab puding ini cepat membeku
  10. Sejukkan dalam suhu bilik
  11. Apabila telah sejuk, baru simpan di dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika sejuk.

  #7.  Keramel Puding Roti

Keramel Puding Roti

Ini anda kena cuba apabila melibatkan puding roti bersama karamel. Mungkin boleh dikatakan wajib cuba la kalau nak buat puding ni. Penyediaanpun tidaklah rumit tetapi sekali rasa, pasti nak lagi. Jadi jom tengok resepi karamel puding roti seperti dibawah

Bahan-Bahan

  • 3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
  • 3 biji telur - dipukul lembut dan ditapis
  • 7 keping roti gardenia – dicarik-carik
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung (pilihan)

Cara Memasak

  1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan kukusan
  3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Anda ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
  6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit
  7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
  8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan. Siap!

  #8.  Puding Karamel

Puding Karamel

Resepi hampir sama dengan sebelum ini tetapi kali ini anda tidak menggunakan roti. Penyediaan juga hampir sama dan ianya juga wajib cuba bagi peminat puding. Dah siap nanti boleh makan bersama keluarga lag-lagi ketika berbuka kan.

Untuk buat gula hangus

Bahan-Bahan

  • 3/4 cawan gula
  • 3 sudu besar air

Cara Memasak

  1. Sapu loyang bulat 9" dengan sedikit minyak masak
  2. Letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
  3. Tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
  4. Tuang dalam loyang tadi. ketepikan dahulu

Untuk Buat Puding

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu cair 400gm
  • 300ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 6 biji telur

Cara Memasak

  1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
  2. Satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul-betul larut
  3. Masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati
  4. Tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  6. Kukus selama 45 minit
  7. Kalau nak tau puding masak ke tidak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa-apa melekat, maknanya puding dah masak
  8. Tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding. Siap!

  #9.  Puding Susu Lapir Strawberry

Puding Susu Lapir Strawberry

Seterusnya kita cuba resepi puding bersama buah-buahan pula. Untuk kali ini anda boleh buat menggunakan strawberry iaitu puding susu lapir strawberry. Rasa manis puding campur dengan masam manis strawberry. Pasti sedap. Jom ikuti perkongsian resepi daripada zura zul di facebook. 

Bahan-Bahan

  • 20g agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair (jadikan 2 cawan, tak cukup tambah air)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • Secubit garam
  • 10 biji strawberry
  • Sedikit pewarna strawberry
  • Sedikit perisa strawberry

Cara Memasak

  1. Masak air dengan agar-agar hingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau rata
  2. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat manis dan tepung kastard serta juga secubit garam
  3. Masak hingga nak mendidih kemudian tutup api
  4. Strawberry tadi potong nipis dan susun dalam loyang 
  5. Ambil 1 cawan adunan agar-agar tadi, tuang atas strawberry perlahan-perlahan dan biarkan sederhana beku
  6. Ambil 3 cawan adunan agar-agar dalam periuk tadi tuang ke dalam bekas lain. 
  7. Ambil 1 cawan adunan agar-agar blender dengan 1 biji strawberry (potong dulu). blend sehingga hancur dan campur sekali dlm bekas 2 cawan agar-agar tadi.
  8. Masukkan pewarna strawberry dan perisa strawberry. Kacau sebati, kemudian ambil 1 cawan agar-agar ni tuang atas puding dalam loyang
  9. Ulang semula melapis puding dgn 1 cawan agar-agar yg asal. Buat sehingga habis adunan tu
  10. Dah siap, biar sejuk dan boleh masukkan dalam peti sejuk. Kemudian boleh dihidangkan

  #10.  Puding Mangga

Puding Mangga

Seterusnya kita menggunakan mangga pula. Anda boleh cuba masak puding mangga bagi yang minat dengan puding bersama buah mangga. Gabungan dengan buah-buahan tampak sedap beserta persembahan yang menarik dan baik. Sekali lagi, perkongsian resepi daripada Zura zul di facebook.

Bahan-Bahan

  • 20g agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung (guna susu tepung fernleaf calciyum)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji mangga  (yang manis)

Cara Memasak

  1. Masak agaragar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar. Tuang gula dan gula batu. Kacau, kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau-kacau bagi sebati.. Masak sehingga mendidih. Tutup api
  2. Ambil 2 cawan agar-agar tadi. Tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong-potong, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus
  3. Basahkan loyang. Tuang 2 cawan agar-agar yg bersusu tadi ke dalam loyang. Biarkan agar-agar tu mengeras sedikit.
  4. Kemudian, boleh susun perlahan-lahan mangga yang dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi.
  5. Susun separuh dulu mangga, lepas tu tuang sedikit agar-agar. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis. Biarkan agar-agar tu mengeras sekejap
  6. Agak-agak dah beku sedikit agar-agar tu. Tuang ke dalam diblender tadi perlahan atas agar-agar susu tadi. Biarkan sejuk
  7. Boleh simpan dalam peti sejuk. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.. Sedia untuk menikmatinya. Siap!

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended