Petition Terhadap Kedudukan Vivy Yusof Berjaya Mengumpul Lebih 150,000 Tandatangan Dalam Sehari

Sebuah petition telah dibuat dimana ditujukan terhadap kedudukan Vivy Yusof Yang Kini Berjaya Mengumpul Lebih 150,000 Tandatangan.

Petition Terhadap Kedudukan Vivy Yusof Berjaya Mengumpul Lebih 150,000 Tandatangan Dalam Sehari

Dengan tajuk 'Removal of Vivy Yusof from board of UiTM' sepertinya petition ini diwujudkan bagi mendesak ahli perniagaan tersebut supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Universiti Teknologi Mara, UiTM.

Datin Vivy Yusof sebelum ini telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM sejak Mei 2019 yang lepas. Selain itu juga, beliau merupakan antara usahawan e-commerce berjaya iaitu pemilik Fasion Valey dan juga dUCk Scarve.

Tetapi sejak beberapa hari ini, nama beliau sudah terpalit dengan kontroversi berkaitan golongan B40 dan juga bantuan daripada Kerajaan. Sehinggakan menyebabkan nitizen terasa dan marah akan tindakan beliau. Justeru itu maka terciptalah petition 'Removal of Vivy Yusof from board of UiTM'

Petition Terhadap Usahawan Vivy Yusof

Justeru itu, individu dengan nama Mazril Mazlan bergerak ke hadapan dan membuat petition melalui change.org bagi mengumpul seberapa ramai tandatangan daripada pengguna-pengguna internet.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 166,000 tandatangan daripada 200,000 telah berjaya dikumpulkan sejak sehari yang lepas menerusi petition Removal of Vivy Yusof from board of UiTM. Jadi adakah petition seperti ini berhasil? Adakah ianya di dengari oleh pihak UiTM sendiri?

Diharapkan ada penyelesaian terbaik daripada semua pihak yang terlibat. Janganlah terjadi perkara yang tidak diingini sama ada bagi pihak nitizen sendiri dan juga pihak Vivy Yusof juga.

Post a Comment

Previous Post Next Post