Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Jika anda mempunyai akaun i-Lestari KWSP dan bercadang untuk mengeluarkan sebahagian wangnya, anda boleh ikuti disini cara keluarkan wang daripada akaun tersebut menggunakan telefon sahaja.

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Pada 23 Mac 2020 yang lepas, Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dimana membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 daripada akaun 2 bagi pencarum KWSP. Ianya diumumkan antara initiatif terawal melalui Majlis Tindakan Ekonomi.

Jadi pencarum KWSP dapat mengeluarkan wang bagi menampung perbelanjaan harian selama mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.  Anda boleh mengeluarkan dengan kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Cara ini sebenarnya boleh sahaja dilakukan menggunakan laptop. Tatacaranya sama sahaja, tetapi menggunakan telefon lebih mudah bukan.

Cara Keluarkan Wang Daripada akaun i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon

Untuk memudahkan urusan anda boleh membuat permohan pengeluaran wang secara online sahaja. Lebih mudah, anda boleh menggunakan telefon bimbit sahaja. Ikuti perkongsian Putera Pantai Timur Viral di facebook cara keluarkan wang i-Lestari KWSP menggunakan telefon.

Langkah #1

Untuk permulaan, anda pergi ke https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Kemudian Log In dengan masukkan ID User (No IC) dan juga password anda

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Langkah #2

Kemudian klik pada bahagian Withdraw dan pilih i-Lestari

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Langkah #3

Langkah seteruskan adalah masukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan (maksimum RM500 sebulan)

Kemudian pilih akaun bank dan masukkan no akaun bagi tujuan pemindahan wang.

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Langkah #4

Kemudian akan dipaparkan Withdrawal Summary. Anda perlu semak sekali lagi jika ada sebarang butiran yang silap atau kurang tepat. Anda boleh kemaskini semula terlebih dahulu.

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Langkah #5

Jika kesemuanya sudah tepat anda boleh request TAC No. Nombor tersebut akan diberi melalui no telefon yang anda daftar. Akhir sekali masukkan nombor tersebut diruang yang disediakan dan klik Submit.

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Langkah #5

Akhir sekali akan dipaparkan seperti gambar dibawah menunjukkan permohonan telah berjaya. Tunggu wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda sahaja.

Cara Keluarkan Wang i-Lestari KWSP Menggunakan Telefon Sahaja

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended