Liga Perancis, Ligue 1 Musim 2019/2020 Ditamatkan Dengan PSG Diberi Gelaran Juara Liga

Liga Perancis telah membuat keputusan dimana, bagi musim 2019/2020 Ligue 1 akan ditamatkan dan PSG ditabalkan sebagai juara berikutan pandemik COVID-19.

Liga Perancis, Ligue 1 Musim 2019/2020 Ditamatkan Tanpa Juara

Keputusan ini dibuat berikutan pengumuman Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe memberitahu tiada sebarang aktiviti suka yang boleh dilangsukan sehingga September ini. Jadi dengan arahan ini, Liga Perancis tidak dapat dijalankan dan tiada perlawanan dibenarkan berlangsung.

Keputusan ini telah dibuat sama seperti yang berlaku pada Liga Belanda, Eredivisie yang juga terpaksa membatlkan liga mereka dan tiada Juara Liga bagi musim 2019/2020.

Liga Perancis, Ligue 1 Musim 2019/2020 Ditamatkan Tanpa Juara

Berita ini terpaksa diumumkan oleh Perdana Menteri tersebut berikutan krisis pandemik COVID-19 yang sedang juga melanda Perancis. Sehingga hari ini, Perancis dikedudukan ke-4 yang mana telah mencatatkan kes positif lebih daripada 160 ribu dengan lebih 46 ribu kematian. Rakyatnya juga diarahkan untuk berada di rumah dan kuarantin diri

Ligue 1 Dan Ligue 2 Batal Tanpa Juara

Ligue 1 antara yang terbesar di Eropah dengan menghimpunkan pasukan terkuar seperti PSG, Monaco, Marseille, Lyon, Lille dan banyak lagi. Setakat 28 perlawanan yang telah berlangsung sebelum ini sebelum diberhentikan, PSG telah menduduki tangga pertama dengan jarak 12 mata (68) diikuti Marseille (56), Rennes (50), Lille (49) dan seterusnya.

Liga Perancis, Ligue 1 Musim 2019/2020 Ditamatkan Tanpa Juara

Disebabkan tiada apa-apa aktiviti suka dibenarkan untuk berlangsung, Ligue 1, Ligue 2, Championnat National dan D1 Feminine ditamatkan bagi musim 2019/2020 dan tiada berlaku pertabalan juara liga, relegation, promotion dan sebagainya. PSG juga terlepas menggondol sebagai juara untuk ke-3 kali berturut-turut dan juga ke-8 bagi 10 tahun sebelum ini.

Menurut laporan ESPN, setakat ini, mereka tidak membuat keputusan lagi, pasukan manakah yang akan mewakili Liga Perancis untuk berentap di UCL dan UEL bagi musim 2020/2021 kelak. Perbincangan masih dijalankan dengan beberapa cadangan telah diutarakan seperti yang ditunjukkan di twitter Actu Foot.



sumber : ESPN.com

Post a Comment

Previous Post Next Post