Liga Eredivisie Secara Rasmi Telah Dibatalkan Kerana Pandemik COVID-19

Liga Belanda, Eredivisie merupakan liga bola sepak pertama yang telah membatalkan semua perlawanan secara rasmi kerana penularan pandemik COVID-19.

Liga Eredivisie Secara Rasmi Telah Dibatalkan Kerana Pandemik COVID-19

Di Belanda, liga tertinggi mereka adalah Eredivisie dimana terdapat pasukan-pasukan elit yang bertanding seperi Ajax, AZ Alkmaar, Feyenoord, PSV Eindhoven dan banyak lagi. Ia juga antara liga utama Eropah sehingga kini.

Liga Eredivisie

Setakat ini, perlawanan Liga Eredivise telah sampai ke perlawan ke 25 daripada 38 dimana Ajax dan AZ Alkmaar masing-masing mengumpul mata yang sama iaitu 56 mata diikuti dengan Feyenoord dan PSV. Manakala tangga 3 ke bawah pula diduduki oleh Fortuna Sittard, Ado Den Haag dan RKC Waalwijk.

Kemudian perlawanan liga terhenti dan ditunda disebabkan krisis COVID-19 yang melanda negara Belanda tersebut. Sehingga kini Belanda telah mencatatkan 36 ribu kes positif dengan menyebabkan 4000 lebih kematian. Disebabkan itu lah, Belanda atau Netherland juga diarahkan untuk melaukan PKP sama seperti di negara-negara lain.

Liga Eredivisie Secara Rasmi Telah Dibatalkan Kerana Pandemik COVID-19

Jadi sepanjang tempoh inilah, Kerajaan Belanda tidak membenarkan apa-apa aktiviti yang melibatkan orang ramai termasuklah juga bola sepak. 

Liga Eredivisie Terpaksa Dibatalkan

Akhirnya kini, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte telah membuat keputusan dimana, perlawanan bola sepak tidak boleh diadakan sehingga September. Jadi kini secara rasmi Liga Eredivisie bagi musim 2019/2020 dibatalkan. 

Liga Eredivisie Secara Rasmi Telah Dibatalkan Kerana Pandemik COVID-19

Disebabkan itu, Ajax yang kini menduduki tangga teratas terpaksa melupakan hasrat untuk menjuarai liga sekali lagi bagi musim 2019/2020 selepas mereka menjuarainya pada musim 2018/2019. Ini juga merupakan pertama kalinya selepas 64 tahun Liga Eredivisie, tiada Juara Liga diumumkan.

Selain itu juga, tiada penyingkiran dan kemasukan pasukan daripada Liga Utama ke Liga Bawah dan sebaliknya. Jadi kesemua pasukan masih berada di Liga yang sama bagi musim hadapan. 

Menurut Goal.com, kedudukan liga terkini akan dikekalkan bagi mengetahui pasukan mana yang akan bertanding pada Perlawanan Eropah untuk musim 2020/2021 (UCL dan UEL). Berdasarkan pada kedudukan liga, Ajax akan terus pergi ke UCL, manakala AZ Alkmaar perlu jalani peringkat kelayakan terlebih dahulu. Kemudian bagi peringkat UEL pula, Feyenoord akan terus kepada peringkat kumpulan manakala PSV dan Willem II akan melalui peringkat kelayakan terlebih dahulu.

Jadi adakah akan banyak lagi Liga Bola Sepak terutamanya Liga Eropah yang akan membatalkan perlawanan bola sepak mereka? Tungguuu...

Post a Comment

Previous Post Next Post