Lihat Bagaimana Borussia Mönchengladbach Memenuhkan Stadium Dengan Penonton Semasa Tempoh Kuarantin

Jika anda tengok gambar yang dikongsikan, pasti anda terkejut bagaimana pasukan Borussia Mönchengladbach ini penuhkan stadium dengan 'penonton' walaupun semasa tempoh kuarantin.

Lihat Bagaimana Pasukan Borussia Mönchengladbach Memenuhkan Stadium Dengan Penonton Semasa Tempoh Kuarantin

Liga Jerman atau Bundesliga juga antara liga bolasepak yang terpaksa diberhentikan perlawanan sama seperti liga bola sepak yang lain. Ini berikutan penularan COVID-19 diseluruh dunia termasuk Jerman sendiri.

Jika mengikut statistik, Jerman kini berada di tangga ke-5 negara yang mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan melibatkan 150 ribu lebih kes dengan lebih 5 ribu kematian. Pastinya memberikan angka yang bahaya berbanding negara-negara lai yang lebih rendah.

Tetapi...

Siapa sangka, Bundesliga antara liga bola sepak yang bercadang untuk menyambung perlawanan yang terawal. Mereka memutuskan untuk menyambung bermula 9 Mei 2020 yang akan datang ini. Walaupun kes masih tinggi, tetapi masih 'eager' untuk menyambung perlawanan.

Lihat Bagaimana Pasukan Borussia Mönchengladbach Memenuhkan Stadium Dengan Penonton Semasa Tempoh Kuarantin

Tetapi pada perlawanan tersebut, telah ditetapkan bahawa tiada kehadiran penonton sehinggakan digelar sebagai 'Liga Hantu'. Setiap perlawanan, mereka akan bermain tanpa sorakan peminat.

Disebabkan itu lah, kini setiap pasukan mencari idea bagaimana pasukan mereka boleh bermain di stadium tetapi masih mendapat aura kehadiran penonton. Pastinya akan menaikkan lagi semangat pemain-pemain di atas padang.

Kempen "Stay at home. Be in the stands" Diperkenalkan Oleh Borussia Mönchengladbach

Kempen "Stay at home. Be in the stands" Diperkenalkan Oleh Borussia Mönchengladbach

Oleh itu, salah satu pasukan dalam Bundesliga, Borussia Mönchengladbach telah tampil dengan idea kreatif mendapatkan kehadiran penonton di stadium dengan kempen "Stay at home. Be in the stands".

Mereka tawarkan potongan board bersama gambar anda. Anda boleh paparkan gambar anda bersama kepingan board dan akan diletakkan di dalam stadium sebagai tanda 'kehadiran' anda di Stadium Borussia Park tersebut.

Siapa sangka, selepas cadangan ini diutarakan oleh pasukan tersebut, kini mereka telah mendapat 5000 tempahan dan gambar mereka semua akan diletakkan di dalam stadium nanti. Jika anda berminat, anda boleh memohon disini dengan bayaran €19.00 (~RM89)

Lihat Bagaimana Pasukan Borussia Mönchengladbach Memenuhkan Stadium Dengan Penonton Semasa Tempoh Kuarantin

Memang true fans la peminat pasukan Borussia Mönchengladbach ni. Sanggup buat apa sahaja, asalkan dapat 'masuk stadium' untuk menonton pasukan kegemaran mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post