Tarikh Baharu Bagi Peperiksaan Bawah Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pindaan dan tarikh baharu bagi peperiksaan dibawah kendalian KPM mereka disebabkan krisis COVID-19.

Tarikh Baharu Bagi Peperiksaan Bawah Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia sekali lagi mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilanjutkan dengan penambahan 2 minggu yang secara keseluruhan bermula 18 Mac hingga 14 April 2020.

Pastinya ramai yang terkesan dengan arahan ini seperti pelajar matrikulasi, IPG dan juga bagi beberapa pelajar sekolah iaitu melibatkan peperiksaan. Jadual peperiksaan biasanya telah dikeluarkan lebih awal iaitu pada awal penggal bagi setiap tahun atau setiap semester. Disebabkan arahan PKP, banyak perkara yang perlu ditangguhkan atau dibatalkan.

Jadual Dan Tarikh Baru Bagi Bagi Peperiksaan Terlibat

Seperti yang diberitahu diatas, berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan bawah kendalian KPM. Penjadualan semula dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Berikut adalah tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan semula


#1.  Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020

Tarikh Asal : 13 Mac hingga 6 April 2020
Pindaan Tarikh : 27 April hingga 4 Mei 2020

#2.  Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020

Tarikh Asal : 28 Mac 2020
Pindaan Tarikh : 5 September 2020

#3.  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Tarikh Asal : 4 hingga 11 Mei 2020
Pindaan Tarikh : 3 hingga 12 Jun 2020

#4.  Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Tarikh Asal : 4 hingga 6 April 2020
Pindaan Tarikh : 27 hingga 30 April 2020

#5.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Tarikh Asal : 4 Mei hingga 21 Mei 2020
Pindaan Tarikh : 3 hingga 18 Jun 2020

#6.  Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

Tarikh Asal : 4 hingga 21 Mei 2020
Pindaan Tarikh : 3 hingga 18 Jun 2020

#7.  Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Tarikh Asal : 22 Jun 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#8.  Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Lisan

Tarikh Asal : 2 hingga 30 Jun 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#9.  Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) - Bertulis

Tarikh Asal : 23 hingga 25 Jun 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#10.  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Tarikh Asal : 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#11.  Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) - Pentaksiran Pusat

Tarikh Asal : 28 September hingga 6 Oktober 2020
Pindaan Tarikh : 28 - 29 September 2020 (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

#12.  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Bertulis

Tarikh Asal : 21, 22, 26 hingga 28 Oktober 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#13.  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Bertulis

Tarikh Asal : Fasa 1 - 5 hingga 14 Oktober 2020 | Fasa 2 - 2 hingga 19 November 2020
Pindaan Tarikh : 16 November hingga 7 Disember 2020

#14.  Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251

Tarikh Asal : 2 dan 3 November 2020
Pindaan Tarikh : 16 dan 25 November 2020

#15.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 2*

Tarikh Asal : 6, 12, 13 dan 14 Mei 2020
Pindaan Tarikh : 18, 19, 23 dan 24 November 2020

* Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal

#16.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 1

Tarikh Asal : 18, 19, 23 dan 24 November 2020
Pindaan Tarikh : 25, 26, 30 dan 1 Disember 2020

#17.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Semester 3

Tarikh Asal : 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020
Pindaan Tarikh : Kekal

#18.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Ulangan 2**

Tarikh Asal : 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020
Pindaan Tarikh : 15 hingga 18 Mac 2021

** Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 dianjak ke bulan Mac 2021

Sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan oleh KPM. Untuk dapatkan edaran asal, boleh dapatkan disini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan COVID-19 KPM di talian 03-884 9383/ 03-8884 9325/ 03-8884 9401 dan 03-8888 6749


Post a Comment

Previous Post Next Post