Proses Nyah Cemar COVID-19 Di Mulakan Seluruh Negara Pada Isnin Ini

Pada isnin, 30 Mac 2020 akan dimulakan proses nyah cemar atau disinfection process COVID-19 bagi seluruh negara bermula pada hari tersebut.

Proses Nyah Cemar COVID-19 Di Mulakan Seluruh Negara Pada Isnin Ini

Proses ini telah dilaporkan melalui pautan Awani dimana Kerajaan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutaman di Projek Perumah Rakyat (PPR).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses ini boleh dijalankan serentak di seluruh negara dengan kerjasama dan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya lagi, beliau berharap pihak PBT di daerah masing-masing perlu laksana di kawasan masing-masing termasuk di jabatan kerajaan tetapi keutamaan di tempat-tempat awam kemudian barulah di kawasan perumahan.

Proses Nyah Cemar COVID-19

Dalam sidang media tersebut juga, katanya keutamaan disinfection process ketika ini turut diberikan di 2 kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di Simpang Renggam.

Kini dilaporkan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan proses nyah cemar di 11 lokasi di ibu negara sejak 23 Mac lalu.


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post