Kes Kematian Pertama Melibatkan Pandemik COVID-19 Di Malaysia

Nampaknya pandemik COVID-19 di Malaysia semakin buruk apabila telah berlaku kes kematian pertama melibatkan pesakit warga tempatan.

Kes Kematian Pertama Melibatkan Pandemik COVID-19 Di Malaysia

Situasi terkini pada 17 Mac 2020 di Malaysia melibatkan pandemik COVID-19 akhirnya telah mengorbankan 2 nyawa dan kesemuanya adalah warga tempatan. Nampaknya pandemik ini semakin buruk yang melibatkan nyawa.

Kemaskini ini juga menunjukkan pertambahan kes baru sebanyak 120 kes yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan Sri Petaling dan 7 lagi sembuh menjadikan 49 keseluruhan telah sembuh setakat ini. Syabas pihak KKM.

2 Kes Kematian Pandemik COVID-19 Melibatkan Warga Tempatan

Kenyataan sendiri daripada pihak KKM melalui twitter @KKMPutrajaya memaklumkan terdapat 2 kematian COVID-19 (kes ke-178 dan kes ke-358) dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini.

Kes Kematian Pertama Melibatkan Pandemik COVID-19 Di Malaysia

Kes Pertama

Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling tempoh hari. Beliau mula mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal pada 17 Mac 2020.

Kes Kedua

Kes ke-358 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.


Nasihat Kesihatan Berkaitan COVID-19

  • Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
  • Mengamalkan etika batul (cough etiquette) yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.
  • Segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti deman, batuk, selesema atau sakit tekak.
  • Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian.
Kes Kematian Pertama Melibatkan Pandemik COVID-19 Di Malaysia


Post a Comment

Previous Post Next Post