Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Baru-baru ni, Whatsapp from Facebook telah lepaskan aplikasi Whatsapp kepada dark mode. Inilah antara yang ditunggu-tunggu oleh pengguna semua kan. Jom tengok cara tukar Whatsapp kepada dark mode dengan mudah dan pantas.

Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Kini sudah banyak aplikasi smartphone telah pun menyediakan ciri dark mode atau mod gelap. Jika sebelum ini, youtube sudah, instagram sudah, twitter sudah, telegram sudah dan yang terbaru adalah aplikasi Whatsapp.
Whatsapp merupakan aplikasi media sosial yang lebih berfokus kepada komunikasi 2 hala seperti message. Ianya bukanla tempat perkongsian informasi seperti yang disediakan oleh facebook dan twitter. Tetapi ada juga disediakan stories sama seperti yang ada pada facebook dan juga aplikasi instagram.

Ramai yang mahukan dark mode ini kerana katanya mata sakit bila kita memandang telefon ketika waktu gelak. Jadi jika dalam mod gelap ini, sedikit sebanyak kadar pencahayaan pada aplikasi tersebut dapat dikurangkan tanpa kita rendahkan brightness skrin telefon.

Cara Tukar Whatsapp Kepada Dark Mode Dengan Mudah

Ini ditunjukkan bagi 2 jenis telefon iaitu pada telefon Android dan juga iPhone. Jika belum ada muat turun terlebih dahulu aplikasi Whatsapp di bawah


Whatsapp Pada Android

Whatsapp ada mengumumkan dimana 2 keadaan yang membezakan cara untuk aktifkan dark mode ini iaitu bergantung kepada versi Android telefon iaitu sama ada Android 10 atau versi Android 9.0 dan ke bawah.

Apabila ianya berada di dalam mod gelap, ianya akan bertukar kepada warna hitam dan hijau seperti gambar dibawah

Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Versi Android 10

Update terlebih dahulu aplikasi Whatsapp anda kepada versi 2.20.64 di  Play Store/button/#36C472

Jika sudah, untuk mengantifkan dark mode Whatsapp anda hanya "perlu on" kan sahaja Dark Theme di bahagian setting.

Caranya : Setting > Display > Turn on Dark Theme

Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Versi Android 9 Dan Ke Bawah

Sama sahaja seperti Versi Android 10, pastikan aplikasi Whatsapp anda sudah berada di dalam versi 2.30.64.

Jika sudah, untuk aktifkan dark mode Whatsapp tersebut anda perlu pergi ke Setting dan "turn on dark mode" terus pada aplikasi tersebut.

Caranya : Whatsapp > Setting > Chats > Theme > Pilih Dark

Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Whatsapp Pada iPhone

Terdapat 2 keadaan yang perlu anda dapatkan bagi membolehkan anda bertukar mod Whatsapp kepada mod gelap iaitu :

Versi iOS - iOS 13.3.1
Versi Whatsapp - 2.20.30

Untuk aktifkan dark mode pada peranti iPhone, anda hanya perlu aktifkan Dark Mode pada bahagian setting display sahaja iaitu sama seperti fungsi pada Instagram

Cara Tukar Whatsapp kepada Dark Mode Dengan Pantas

Dengan hanya beberapa langkah sahaja, kini Whatsapp anda sudah berada di dalam dark mode atau mod gelap. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar silau ketika menggunakan aplikasi Whatsapp di dalam tempat gelap. Semoga perkongsian cara tukar whatsapp kepada Dark Mode dengan pantas ini bermanfaat kepada semua.

Jika ianya bermanfaat, jangan lupa kongsikan artikel ini di facebook dan twitter keh.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended