Betul Ke Tawaran Lumayan Daripada Best Products Ni?

Beberapa bulan yang lepas, mak admin menerima sebuah sampul yang bertulis bakal menerima hadiah utama daripada Best Products Malaysia. Belum apa-apa sudah dapat pengiktirafan dan bakal memenangi hadiah utama yang agak lumayan sebenarnya. Betul ke ni?

Betul Ke Tawaran Lumayan Daripada Best Products Ni?

Berkaitan den persoalan ini. Admin rasa bukan 1 sampul je yang telah dihantar, tetapi telah banyak sampul yang telah dihantar kepada individu-individu yang terpilih. Bagaimana pula anda terpilih dengan tiba-tiba bakal memenangai hadiah yang cukup lumayan ni?

Tahukah anda, mak admin terpilih sebagai pemenang hadiah utama iaitu RM300,000 iaitu bersamaan 0.3 juta beb! Siapa je nak bagi? Dengan duit tu macam-macam boleh buat. Siap boleh beli cash rumah pula. Jadi inilah antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Best Products Malaysia ni.

Selepas mak admin bagi sampul tersebut, selain nama product yang dipaparkan, juga ada laman web yang ditulis. Jika anda boleh lawati di www.bestproductsmy.com. Selepas admin tengok websitenya, secara langsung sifat ragu-ragu semakin menebal dan ingin tengok betul ke dia nak bagi duit yang sebegitu banyak. Anda nak bagi wang RM300,000 tetapi website tidak seperti mempunyai syarikat yang besar pun.

Betul Ke Tawaran Lumayan Daripada Best Products Ni?

Dapat Surat Daripada Best Products Malaysia

Berbalik kepada surat yang diterima, di dalamnya lebih 5 helai kertas yang diberi dan antaranya adalah sebuah katalog barangan dan borang pembayaran. Ya! untuk melayakkan anda menerima hadiah utama tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1 barang Best Products.

Keraguan seterusnya muncul adalah apabila lihat pada katalog barangan tersebut. Ini kerana, harga barangan yang ditawarkan sekali-kali tidak masuk akal. Secara logik akal pun, kita takkan beli barangan tersebut sekali pun ianya keperluan. Sebagai contoh barangan paling murah adalah acuan pelbagai warna (yang biasa kita buat cupcakes) berharga RM39 sedangkan anda boleh dapatkan di luar dengan RM1 je. Sudah berapa ringgit di ambil? Kopiah RM69, sejadah RM89, Kain Batik, RM99 dan banyak lagi.

Betul Ke Tawaran Lumayan Daripada Best Products Ni?

Sepertinya, di dalam sampul tersebut diberi semuanya maklumat yang anda perlu yang tiada di dalam laman web mereka. Anda tidak perlu pergi ke laman web untuk ketahui lebih lanjut pun. Kalau nak kepastian pun sebab nak tengok video yang disediakan di laman web mereka.

Jadi anda perlu beli barangan  at least 1 unit dengan harga paling murah RM39 dan berpeluang mendapatkan hadiah utama RM300,000. Ada juga tawaran diberi, beli barang sehingga RM179 untuk dapatkan Myvi atau RM50,000. Senang bukan!

Betul Ke Tawaran Lumayan Daripada Best Products Ni?

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Disebalik timbul ragu-ragu dan tidak ingin ambil risiko ini, terdapat juga contoh yang sebenarnya sebelum ini, memang ada insan yang telah memenangi hadiah utama tersebut iaitu RM300,000. 
  • Best Products menayangkan senarai pemenang melalui Video di Youtube
  • Best Products dapat liputan daripada akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Metro
  • Juga melantik beberapa artis tempatan menjadi duta seperti Dato Jalaludin Hassan
  • Anda boleh tengok dalam website mereka.

Selepas itu, barulah pencarian untuk mencari kebenaran itu berjalan. Mula-mula cuba google tetapi macam tak banyak maklumat perkongsian daripada orang ramai tetapi lebih kepada liputan akhbar tempatan ni. Kalau adapun melalui perkongsian blog sishawa. Sepertinya tidak ingin ambil risiko untuk sertai dan memenangi hadiah tersebut.

Selepas melalui Google,pergi ke Twitter pula. Sepertinya tiada maklumat yang dapat di perolehi. Kemudian pergi ke Facebook dimana jumpa Page Facebook Best products Malaysia. Disinilah banyak maklumat yang boleh dikongsikan disini.

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Rata-rata perkongsian daripada warganet agak negatif bunyinya. Anda boleh baca sendiri di facebook mereka untuk lebih ketahui lebih lanjut. Apa agaknya dalam fikiran anda ketika membacanya?

Melalui helaian kerta yang diberi, anda menang hadiah utama tetapi anda terlebih dahulu perlu membeli mana-mana barang Best Products yang harganya agak mahal. Tetapi hakikatnya melalui terma & syarat yang diberikan, anda perlu membeli barang mereka dan menjadi top 5 individu yang berbelanja paling tinggi.

Jika anda merupakan pembeli yang paling tinggi, anda akan diberi soalan kuiz dan mestilah menjawab soalan tersebut dengan betul, jika gagal, tawaran diberi kepada individu no 2 pula sehinggalah seterusnya. 

Perkongsian Daripada Warganet

Di Facebook Best Products sudah ramai mereka yang berbelanja sehingga beribu ringgit tetapi tiada pun yang telah memenangi sama ada hadiah utama, hadiah pertama atau hadiah kedua. Ada juga berkongsi, barang yang dibeli, memang dapat tetapi barangnya tidak berkualiti sama dengan harga yang ditawarkan. Ada juga yang minta refund tetapi tidak dapat.

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Betul Ke Tawaran Best Products Malaysia Ni?

Yang paling tidak best sebenarnya, rata-rata yang menerima sampul surat ini adalah ibu bapa kita yang mungkin sudah pencen dan sudah tua sekarang. Tawaran mereka yang begitu gah, sudah pastinya tidak fikir panjang terus beli barang yang mahal untuk dapatkan beribu-ribu ringgit.

Kalau betul, nak berniaga, kenapa Best Products tidak membuat iklan di arus perdana seperti biasa. Kenapa mesti pos kepada individu. Bagaimana pula mereka dapatkan alamat rumah kita? Bagaimana mereka boleh kenali kita? Siap nama penuh.


Akhirnya

Terpulang kepada anda, adakah ingin membuat pembelian atau sebaliknya. Diharap juga anak-anak kepada pakcik makcik yang telah memenangi hadiah tersebut, sebarkanlah di media sosial. Barulah orang lebih percayakan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post