Kajian Menunjukkan Travel Lebih Bahagia Daripada Berkahwin

Kajian Menunjukkan Travel Lebih Bahagia Daripada Berkahwin

Kini di Malaysia terutamanya, sudah banyak pasangan muda bahagia ketika berkahwin. Tetapi tahukah anda sebenarnya kajian menunjukkan travel lebih bahagia daripada berkahwin. Ya, ada badan yang membuat kajian berkaitan ini di lapangan yang dilaporkan oleh portal Brigtside.me.

Mereka melaporkan dimana portal Booking.com telah membuat kajian berkaitan perkara ini dah simpulkan dimana Travel membuatkan seseorang lebih bahagian berbanding perkahwinan. Booking.com merupakan sebuah platform tempahan penginapan, hotel, penerbangan dan sebagainya.

Responden Menunjukkan Travel Lebih Bahagia Daripada Berkahwin

Jadi jom ikuti laporan daripada Brigtside.me ini berkaitan kajian yang telah dilakukan oleh Booking.com dan ianya dipecahkan kepada 3 sebab.

#1 Traveling Membuatkan Anda Bahagian Dengan Lebih Cepat

Berkaitan ini Booking.com telah mendapatkan responden lebih 17,000 orang yang datang daripada 17 buah negara berbeza. Ternyata 77% daripadanya memberi tahu traveling dapat membuatkan mereka lebih bahagia daripada hal-hal yang lain. Jika mereka ingin menaikkan semangat sepertinya, travel adalah jawapannya.

#2 Traveling Memberikan Lebih Kebahagian Daripada Perkara Lain

Kajian ini mendapatkan 49% responden memberitahu mereka rasa begitu bahagia dan bersemangat apabila mereka merancang percutian mereka berbanding ketika hari perkahwinan. Sepertinya travel lebih indah daripada mendirikan rumah tangga.

Dalam wawancara yang dibuat juga, lebih separuh yang mengatakan mood dating bersama pasangan tidak seindah ketika anda sedang bercuti. Lebih hebat, 45% memberitahu ketika bertunang pun emosi keriangan itu tidak seindah ketika bercuti. Tidak cukup dengan itu, 29% bagi travel lebih best ketika menimang cahaya mata. wauu! sampai macam tu sekali.

Kajian Menunjukkan Travel Lebih Bahagia Daripada Berkahwin

#3 Merancang Perjalanan Percutian Lebih Best

Kebiasaanya dalam perancangan untuk bercuti pun kita sudah excited. Sudah beli tiket kapal terbang then rancang nak melawat disana, disini. Apatah lagi ketika sudah sampai ke tempat yang ingin kita lawati. Ternyata rasa ini sebenarnya telah diterjemahkan oleh kajian yang telah dibuat dimana 72% memberitahu buat perancangan travel pun sudah cukup bahagia. 

Daripada peratus tersebut, 80% merasakan mereka rasa begitu bahagian, teruja ketika hanya melihat peta dan pilih tempat menarik mana yang mereka ingin lawati sehingga ada yang teruja hanya membaca membaca review hotel sahaja.

Tetapi ternyata ada yang lagi membuatkan mereka lebih bahagia iaitu shopping seperti membeli pakaian untuk traveling nanti. Ternyata shopping lebih hebat daripada travel dan berkahwin.

Kajian Menunjukkan Travel Lebih Bahagia Daripada Berkahwin

Anda rasa macam mana? Boleh terima ke kajian ini? Lontarkan pendapat anda juga.


sumber : brigtside.me

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended