Sebelum Ini Penerima BSH, Kini MySalam Dibuka Untuk Golongan Bukan Penerima BSH Juga

Sebelum Ini Penerima BSH, Kini MySalam Dibuka Untuk Golongan Bukan Penerima BSH Juga

Berita baik bagi rakyat Malaysia, dimana selain daripada penerima BSH, golongan bukan penerima BSH juga layak mendaftar Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam. Kini bantuan diperlua kepada golongan ini dan bakal membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.

Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau mySalam ini merupakan inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat. Jadi jika ada sebarang masalah berkaitan kesihatan, sedikit sebanyak mySalam ini dapat meringankan beban kos yang mungkin ditanggung oleh individu tersebut.

mySalam telah diperkenalkan bermula 2019 yang pada awalnya ditawarkan hanya kepada golongan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. Kini bermula 2020, Kerajaan berbesar hati bagi membuka permohonan juga kepada bukan penerima BSH yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahaun.

Perlindungan mySalam ini diberikan secara PERCUMA

Syarat Penerima Skim mySalam

Syarat ini terbuka kepada penerima BSH dan bukan penerima BSH

Penerima BSH Bukan Penerima BSH
Berumur antara 18 - 65 tahun Berumur antara 18 - 65 tahun
Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun -

Cara Memohon mySalam

Sebelum Ini Penerima BSH, Kini MySalam Dibuka Untuk Golongan Bukan Penerima BSH Juga

Untuk penerima dan bukan penerima BSH, anda boleh memohon melalui pautan dibawah

Pastikan segala maklumat diisi tepat dengan maklumat diri bukan memudahkan proses pendaftaran. Akhir sekali muat-naik gambar kad pengenalan anda.

Berapa Tuntutan Yang Diterima Melalui mySalam

Manfaat atau tuntutan daripada mySalam ini berbeza mengikuti golongan iaitu penerima dan bukan penerima BSH.

Sebelum Ini Penerima BSH, Kini MySalam Dibuka Untuk Golongan Bukan Penerima BSH Juga

#Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

#Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Senarai Penyakit Kritikal Yang Boleh Buat Tuntutan Melalui mySalam

Penyakit kritikal yang disenaraikan untuk membolehkan anda membuat tuntutan sebanyak 45 jenis penyakit. Jadi jika anda disahkan dirawat dengan senarai penyakit ini, anda layak untuk menerima manfaat mySalam sehingga RM8000 seperti disenaraikan diatas.

Sebelum Ini Penerima BSH, Kini MySalam Dibuka Untuk Golongan Bukan Penerima BSH Juga

Antara senarai penyakit kritikal tersebut adalah
  1.  Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
  5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Cara Membuat Tuntutan

Jika anda menerima rawatan berkaitan penyakit kritikal yang disenaraikan dan anda ingin membuat tuntutan. Anda boleh lihat cara membuat tuntutan dibawah


#1. Tuntutan penyakit kritikal

 Langkah 1 
Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

 Langkah 2 
Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

 Langkah 3  
Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

 Langkah 4 
Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

 Langkah 5 
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

 Langkah 6 
Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

#2. Tuntutan hospitalisasi

 Langkah 1 
Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

 Langkah 2 
Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

 Langkah 3 
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Salinan Nota Discaj
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

 Langkah 4 
Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.


Tempoh Dan Bagaimana Bayaran Diterima?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan di atasa ialah 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika lulus, tuntutan tersebut akan dimaklumkan melalui SMS dan portal mySalam sendiri. Bayaran juga akan dibuat dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat.

Jika ingin ketahui lebih lanjut berkaitan mySalam dan persoalan tentangnya, anda boleh lawati portal mySalam FAQ di PAUTAN INI

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended