Insentif RM200 Kepada Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Insentif RM200 Kepada Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Berita baik, Kerajaan Pahang akan memberikan insentif RM200 kepada pasangan pengantin yang berdaftar di Negeri Pahang bermula tahun 2020 ini. Jadi kepada pasangan pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan, jangan lupa untuk memohon.

Program ini merupakan salah satu Projek Dan Program Khas Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2020. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail berkata, ianya dijangka memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan dan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.8 juta.

Insentif ini dibuka khas kepada anak Pahang sahaja. Insentif RM200 ini mungkin tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos sara hidup bagi pasangan yang baru ingin mula membina sebuah keluarga demi masa depan yang lebih baik.

Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) Di Negeri Pahang

Insentif RM200 Kepada Pasangan Pengantin Yang Berdaftar Di Negeri Pahang

Walaupun insentif khas RM200 Pasangan Pengantin ini diberikan kepada anak Pahang, tetapi ianya tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan. Pastikan anda sudah pergi kursus kahwin Pahang atau dapatkan borang kahwin Pahang yang disediakan di Pejabat Agama Islam Daerah.

Syarat Kelayakan

  1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  2. Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif.
  4. Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  5. Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  7. Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  8. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  9. Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Anda Tidak Layak Sekiranya

  1. Poligami
  2. Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  3. Nikah tanpa kebenaran
  4. Kedua pasangan bukan asal Pahang
  5. Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

Cara Memohon

Permohonan dibuka sepanjang tahun bagi mereka yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan. Anda boleh dapatkan borang permohonan di pautan di bawah. Kemudian hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah dimana permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dibuat.

Download Borang Permohonan Disini : emunakahat.pahang.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post