Insentif RM300 Daripada Kerajaan Selangor Bagi Pasangan Yang Baru Berkahwin

Insentif RM300 Daripada Kerajaan Selangor Bagi Pasangan Yang Baru Berkahwin
via : Bajonzphotography

Siapa nak kahwin dalam masa terdekat? Ini ada berita baik untuk anda terutamanya penduduk Selangor bagi tahun 2020. Melalui program Insentif Golongan Anda Mudah (iGems), anda layak menerima insentif sebanyak RM300 daripada Kerajaan Selangor bagi mana-mana pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan.

Sudah pastinya sedikit sebanyak, insentif ini dapat mengurangkan bebanan kewangan walaupun tidaklah semewah yang diharapkan. Siapa lagi nak bagi RM300 sekarang ni secara percuma kan. Jika anda anak Selangor, boleh la mula memohon sekarang.

Permohonan iGems Bagi Rakyat Selangor

Untuk melayakkan anda menerima insentif RM300 daripada pihak Kerajaan Selangor melalui program iGems ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Tarikh permohonan telah dibuka sehingga Jun 2020. Mohon segera!

Insentif RM300 Daripada Kerajaan Selangor Bagi Pasangan Yang Baru Berkahwin

Syarat Pendaftaran (Berdasarkan Individu)

  1. Pendaftaran hendaklah dibuat secara online sahaja di www.igems.yawas.my
  2. Warganegara Malaysia
  3. Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti negeri Selangor)
  5. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  6. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  7. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  8. Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  9. Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas (Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)

Syarat Kelayakan Penerima Insentif RM300

  1. Suami atau/dan Isteri mesti memenuhi syarat pendaftaran
  2. Wajib hadir kursus secara berpasangan (Suami dan Isteri)
  3. Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan

Untuk ketahui tarikh dan tempat kursus yang diadakan, anda boleh pergi ke pautan yang disediakan di bawah. Jadual akan dikeluarkan secara berkala


Rezeki untuk anak Selangor kan. Jadi kepada mereka yang ingin dapatkan insentif ini, anda boleh pergi ke laman web untuk igems.yawas.my maklumat lanjut 

Post a Comment

Previous Post Next Post