Aktivit Menarik Sepanjang Tahun 2020 Di Terengganu #BeautifulTerengganu

Aktivit Menarik Sepanjang Tahun 2020 Di Terengganu #BeautifulTerengganu

Demi menyahut seruan Kerajaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2020, Terengganu salah satu tempat yang anda boleh kunjungi dan lawati ketika berada di Malaysia sepanjang tahun 2020. Sudah pastinya Terengganu telah menyiapkan pelbagai aktiviti menarik yang ada di Terengganu untuk bakal pelancong seluruh dunia.

Dengan menggunakan #BeautifulTerengganu pastinya memberikan lagi keterujuaan pelancong untuk datang di Terengganu. Biasa kita dengar, datang Terengganu makan kerepok lekor, makan nasi dagang tetapi di Terengganu banyak tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga dan rakan.

Jadi kepada mereka yang bercadang ingin datang ke Terengganu, jom ikuti senarai bulanan, aktiviti apa yang disediakan di seluruh Terengganu bagi tahun 2020.

Senarai Aktiviti Bulanan Di Terengganu Sepanjang 2020


Ini adalah senarai aktiviti yang bakal diadakan di Terengganu sepanjang 2020. Jika ada sebarang penambahan, kami akan update dari masa ke semasa.

Januari

#BeautifulTerengganu dilancarkan

Februari

  • 14 -15 Februari : Himpunan Pendikir Muda Terengganu
  • 22 Februari : TSG Shimano Fellowship Ride 2020

Mac

  • 27 - 29 Mac : Terengganu Bike Week 2020 (Karnival Permotoran terbesar di Terengganu)

Aktivit Menarik Sepanjang Tahun 2020 Di Terengganu #BeautifulTerengganu

April

  • Karnival Kolek Drawbridge 2020
  • 2 - 5 April : Karnival Maghi Candat Sotong 2020
  • 9 - 11 April : Terengganu International Paragliding Tournament
  • 18 April : Ekspedisi Sg. Berang Berkayak dan Mengerau Ikan

Mei

  • 17 - 26 Mei : Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2020
  • 24 April - 23 Mei : Madinah Ramadhan 2020


Jun

  • 1 - 30 Jun : Turtle Conservation & Preservation Campaign
  • 25 - 28 Jun : Setiu Wetlands Festival (Acara penanaman pokok bakau, jualan rakyat, festival rakyat dan banyak lagi)

Julai

  • 24 - 26 Julai : Terengganu International CFA Cat Show
  • 24 - 27 Julai : Festival Kenyir

Ogos

  • 5 - 6 Ogos : Terengganu International Islamic Tourism Conference & Expo 2020
  • 18 - 19 Ogos : Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah Peringkat Negeri Terengganu
  • 16 - 18 Ogos : Festival Peranakan Terengganu
Aktivit Menarik Sepanjang Tahun 2020 Di Terengganu #BeautifulTerengganu
via blog.traveloka.com


September

  • 11 - 19 September : Karnival Pantai Terengganu 2020
  • 12 September : Sound & Taste of Terengganu
  • 12 September : Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud
  • 25 - 26 September : Terengganu Tenggiri Challenge 2020

Oktober

  • 10 Oktober : Perhentian Island Challenge 2020
  • 9 - 11 Oktober : Sultan Mizan Cup 2020
  • 17 - 18 Oktober : Kemaman International Motorcross Challenge 2020


November

  • 26 - 29 November : Terengganu Monsoon Challenge

Disember

  • 4 - 7 Disember : ASEAN Monsoon Casting Tournament


Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke pautan rasmi di www.beautifulterengganu.com. Disini terdapat pelbagai informasi tambahan berkaitan Terengganu yang anda boleh dapatkan.


Moh Ke Terengganu! #BeautifulTerengganu #Terengganu


Twitter : trgtourism

Post a Comment

Previous Post Next Post