Senarai Lokasi Pasar Malam Di Shah Alam Tahun 2024

Senarai Pasar Malam Di Shah Alam

Anda penduduk Shah Alam? Mungkin anda baru sahaja menetap di Shah Alam atau baru mula bekerja di Shah Alam. Ini senarai lokasi pasar malam di Shah Alam tahun 2024.

Pastinya anda tidak tahu lagi selok-belok Shah Alam seperti di tempat anda menetap sebelum ini. Mungkin seminggu dua ini anda masih menggunakan Waze atau Google Maps ketika hendak memandu sekitar Shah Alam.

Jika anda tidak familiar lagi dengan Shah Alam, pasti banyak lagi tempat-tempat makan yang anda belum sampai. Shah Alam juga terkenal dengan syurga makanan tau. Banyak tempat makan baik mahal dan murah harganya. Tapi nak lagi jimat, pergi pasar malam je mudah kan.

Tapi tahu ke lokasi pasar malam di Shah Alam bagi tahun 2024 ni? Jom tengok sini senarai pasar malam di Shah Alam

Senarai Pasar Malam Di Shah Alam

Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.

Barangan Keperluan Supermarket Murah - Disini

Ini merupakan senarai lokasi pasar malam near me di Shah Alam yang beroperasi bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam

Isnin

  • Jalan 16/3, Seksyen 16
  • Jalan 18/A dan 18/2, Seksyen 18
  • Jalan 28/35, Seksyen 28
  • Jalan Stering 34/6, Seksyen 34
  • Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang, Seksyen U6
  • Jalan Perusahaan A/1, Seksyen U20

Selasa

  • Tempat letak kereta Pasar Moden, Seksyen 6
  • Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9, Seksyen 17
  • Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kedan, Seksyen 30
  • Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning), Seksyen 31
  • Kg. Paya Jaras Tengah, Seksyen U19

Rabu

  • Jalan Plumbum 7/28 (Belakang gerai Majlis), Seksyen 7
  • Jalan 24/B dan 24/15, Seksyen 24
  • Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis, Seksyen 36
  • Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang), Seksyen U5
  • Taman Bukit Subang, Seksyen U16

Khamis

  • Jalan 27/6, Seksyen 27
  • Kg Melayu Subang Tambahan, Seksyen U5
  • Kg. Paya Jaras Tengah, Seksyen U19

Jumaat

  • Tempat letak kereta Pasar Moden, Seksyen 6
  • Jalan padang, Kg. Padang Jawa, Seksyen 17
  • Jalan 25/38, Seksyen 25
  • Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun, Seksyen 39
  • Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga, Seksyen 32
  • Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya), Seksyen U2

Sabtu

  • Jalan 19/D dan 19/E, Seksyen 19
  • Jalan Singa C 20/C, Seksyen 20
  • Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania, Seksyen 36
  • Jalan Bulan BV U5/BV (Subang 2), Seksyen U5
  • Dataran Pasar Tani, Kg Melayu Subang, Seksyen U6
  • Kg. Paya Jaras Tengah, Seksyen U19

Ahad

  • Jalan A U13/A, Setia Alam, Seksyen U13

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - Disini

Post a Comment

Previous Post Next Post