Juventus Perkenalkan Jersi Riyadh Edition Sepertinya Memaparkan Nama Pemain Dalam Tulisan Seakan Jawi

riyadh edition juventus

Nampaknya kelab Juventus sekali lagi hebat diperkatakan di media sosial terutamanya di Malaysia. Jika sebelum ini kelab itu terpalit nama dengan keajaiban pemainnya Cristiano Ronaldo yang melompat tinggi bagi menanduk bola. Katanya orang normal tidak mampu berbuat sedemikian sama seperti CR lakukan.

Kali ini sekali lagi, Juventus FC kelab yang berpengkalan di Italy menarik perhatian dunia dengan memperkenalkan Jersi khas terbaru sempena perlawanan akhir Supercoppa 2019 yang akan diadakah di Riyadh, Arab Saudi. Perlawanan tersebut akan mempertemukan antara Juventus melawan Napoli 22 Disember 2019 ini.

riyadh edition juventus

Sempena perlawanan akhir yang akan di adakan di Arab Saudi, mereka telah memperkenalkan Jersi 'Riyadh Edition' bagi pasukan Juventus yang hanya akan dipakai pada perlawanan itu sahaja.

Juventus Memperkenalkan Jersi 'Riyadh Edition'

Apa yang menarik pada jersi tersebut, seperti mana biasa nama pemain sebelum ini akan dituliskan menggunakan huruf rumi tetapi dengan jersi edisi terhad ini, semua pemain akan ditulis dalam kaligrafi arab (kalau di Malaysia macam tulisan Jawi).

Sebagai contoh, nama Ronaldo, Dybala, De Ligt dan semua pemain lain akan ditukarkan kepada kaligrafi arab. Selain itu akan ditulis tulisan Juventus di dalam Nombor pemain. Sangat unik kan. Ini kerana ianya direka khas daripada Artist Arab Saudi, Shaker Kashgari bagi memberi penghormatan kepada kaligrafi tradisional.

riyadh edition juventus

Edisi Riyadh (edisi terhad) ini sebenarnya telah dijual di official store Juventus dengan kuantiti yang terhad. Ianya hanya menyediakan 500 helai sahaja dicetak bagi dijualkan kepada orang ramai di seluruh dunia. Anda boleh dapatkan €250 atau lebih kurang RM1100 sehelai. Sepertinya banyak dah sold out. Jangan terlepas ya guys! RM1000 je sehelai

1 Comments

Previous Post Next Post