Virus Polio Kembali Menyerang Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Daripada Jangkitan ini

Virus Polio Kembali Menyerang Selepas 27 Tahun Malaysia

Pada beberapa hari yang lepas, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu berita yang dikeluarkan daripada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana sebuah penyakit berjangkit muncul kembali selepas 27 tahun selepas diisytiharkan bebas di bumi Malaysia iaitu Virus Polio.

Pihak KKM memberi tahu kes terbaru selepas 27 tahun ini berlaku terhadap bayi lelaki dari Tuaran, Sabah yang disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember lalu. Rata-rata ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap berita ini. Ini kerana penyakit ini sebenarnya boleh dicegah dengan hanya melalui kaedah vaksin. Kita sedia maklum, di Malaysia sebenarnya ada segolongan yang tidak menyokong kaedah vaksin ini yang digelar sebagai Anti-Vaksin.

Jadi apa itu virus Polio? Apa kesannya pada manusia? Ada pencegahan yang terbaik supaya ianya tidak berjangkit kepada orang lain? Ikuti perkongsian seorang doktor di Twitter faruqzulkafli berkaitan Virus Polio ini

Apa Itu Virus Polio?

Polio atau nama lainnya adalah Acute Poliomyelitis adalah jangkitan virus Polio pada sistem saraf tunjang manusia. Polio virus adalah virus yang specifically menyerang saraf badan manusia yang mana mengakibatkan lumpuh secara kekal dalam 1 in 200 jangkitan.

Mode of transmission atau cara penyebaran virus polio adalah melalui:
  • feco-oral
  • droplet infection.

Feco Oral (Jangkitan melalui najis) 

Jangkitan virus merebak apabila sesuatu makanan atau air tercemar dengan sisa najis seseorang yang telah dijangkiti. Makanan yang mnggunakan sumber air kotor boleh dijangkiti setelah terkena sumber air yang tercemar dengan najis manusia.

Droplet Infection

Droplet infection pula merujuk kepada jangkitan melalui pernafasan (samaada bersin/batuk/air liur).

Seseorang yang dijangkiti virus polio mungkin akan menunjukkan symptom “general” sama sebagaimana jangkitan kuman lain seperti bacteria 

Antara tanda awal adalah :
  1. Demam 
  2. Muntah 
  3. Sakit tekak
  4. Hilang selera makan 
  5. Kurang aktif 
  6. Sawan dan symptom jangkitan radang otak

Paralytic polio symptom pula merujuk pada simptom lumpuh disebabkan virus polio. Symptom yang dapat dilihat adalah sebagaimana simptom general dan tambahannya adalah : 
  1. Hilang rangsangan deria sentuh/reflex 
  2. Kekejangan otot 
  3. Kebas pada otot 
  4. Lumpuh/hilang fungsi
  5. Cacat


Semua symptom ini boleh datang dalam banyak jenis penyakit. Tetapi untuk menentukan ianya adalah polio, kesan-kesan diatas ini mestilah disokong dengan positive finding atau cases disekitar  disamping sokongan secara klinikal.


Effect paling berbahaya dlm jangkitan polio adalah apabila melibatkan saraf yang mengawal pernafasan manusia. Respiratory innervation tereffected akan menyebabkan lumpuh pada otot pernafasan menyebabkan tak mampu bernafas dan sekaligus menyebabkan maut atau kematian.

Kecacatan anggota badan berlaku sekiranya fungsi anggota badan telah hilang akibat hilangnya kawalan saraf ke anggota berkenaan. Sebagai contoh saraf yang mengawal kaki atau tangan akan effect seterusnya mengakibatkan hilang fungsi berkenaan.

Virus Polio Kembali Menyerang Selepas 27 Tahun Malaysia

Sejak bermulanya era program immunisasi kebangsaan IPV and OPV telah diwajibkan sebagai antara komponen utama dalam pelaksanaan imunisasi wajib negara.

IPV ( ongoing) - inactivated poliovirus
OPV discontinued oral attenuated poliovirus

Nowadays IPV diberi sekaligus bersara DTAP Hib. So, bilamana ada certain yang tercicir vaccine, rintangan secara tidak langsung berlaku. Herd immunity memain peranan dalam kes ini.

Certain kids yg takdapat vaccination maybe akan dilindungi oleh herd immunity. Tapi kalau banyak yang skip vaccination, herd immunity akan easily broken. Chain of protection become compromised.

Baca Juga

1/Post a Comment/Comments

  1. Takutnya bila virus ini kembali menyerang. Itulah pentingnya memberi vaksin kpd ank

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended