Anda Boleh Tuntut Hutang Kawan Di Mahkamah Jika Mereka Liat Untuk Membayar

anda boleh tuntut hutang kawan yang liat bayar dengan harga rm20

Kita kadang dengan kawan susah nak berkira, kadang dia minta tolong, kita tolong. Dia nak pinjam duit, kita bagi walaupun kita tidaklah berduti untuk bagi pinjam. Tapi disebabkan kawan baik, kawan rapat, kita cuba juga penuhi permintaan.

Kawan dah pinjam duit nak berniaga kita bagi, lepas perniagaan dah berjaya, dah hidup senang, travel sana-sini akhirnya sepertinya sudah bersedia untuk memulangkan kembali duit yang dipinjam daripada kita. Tetapi ianya bukan semudah itu, kawan begitu liat untuk membayar kembali walaupun setiap tahun tukar telefon, travel, tukar sport-rim dan sebagainya.

Dengan terjadinya kes ini, kita pula sepertinya menagih simpati kepada pihak peminjam, padahal kita yang bagi pinjam duit tu. Sebab kawan, taknak lah memaksa. Sebenarnya kes ini tidak perlu ada risau, anda boleh buat tuntutan hutang melalui pihak mahkamah. Aik? Nak kene hire peguam la pula, hutang pun tak lah juta-juta, RM5000 je kot. Rugi pula nanti.

Sebenarnya, anda mempunyai satu pilihan untuk menuntut semula wang yang dipinjam itu. Anda boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

Tuntut Hutang Kawan Yang Liat Bayar Melalui Mahkamah Tuntutan Kecil

Apa itu Mahkamah Tuntutan Kecil? Ia adalah Mahkamah Majistret yang mendengar kes-kes ‘tuntutan kecil’, iaitu kes-kes yang mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM5,000. Dalam Mahkamah Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam, walaupun pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding dengan peguam di luar Mahkamah. Oleh itu, ketika perbicaraan sesatu pihak tidak akan mendapat kelebihan diwakili peguam. Mereka yang tidak mampu melantik peguam juga masih boleh memfailkan tuntutan.

Anda boleh dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil, iaitu Borang 198, daripada Mahkamah. Anda perlu isi borang tersebut dengan nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut, dan juga maklumat yang sama untuk defendan, pihak yang dituntut. Seterusnya, anda juga harus butirkan tuntutan anda dalam Borang 198 tersebut.

Nyatakan apa yang anda tuntut dan bagaimana tuntutan anda itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.

Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan. Bayaran fi pemfailan adalah sebanyak RM20. Bandingkan dengan kes mahkamah majistret biasa di mana fi pemfailan adalah RM100. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu. Seterusnya, borang writ itu harus diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.


Perbicaraan akan dikendalikan oleh majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, bawalah segala dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa anda telah meminjamkan wang tersebut kepada anda.

anda boleh tuntut hutang kawan yang liat bayar dengan harga rm20

Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa perbualan, apa yang dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama ia tidak dibayar semula. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, majistret akan memberi keputusannya.

Jadi, jangan putus asa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang kecil. Masih ada pilihan untuk anda membawa kes ke muka keadilan, walaupun anda mungkin tidak berkemampuan atau tidak berbaloi untuk melantik peguam. Hak anda masih boleh ditegakkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.



Post a Comment

Previous Post Next Post