Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Individu Paling Popular 2019

Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Individu Paling Popular 2019

Lisa Blackpink telah dinobatkan sebagai Individu Paling Popular 2019 (Most Popular Person 2019) oleh The Standard yang merupakan antara agenci kreatif online terbesar di Thailand. Pencapaian Lisa tersebut telah mengalahkan 9 lagi calon yang disenarai pendekkan sepanjang undian dijalankan baru-baru ini.

Lalisa Manorab atau terkenal dengan Lisa Blackpink telah memenangi Individu Paling Popular 2019 selepas menerima hampir 3 juta undian yang dibuat bermula pada 12-18 Disember 2019 yang lepas.

Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Individu Paling Popular 2019

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan yang ke-2 daripada artis yang terkenal dengan lagu Kill This Love yang menganggotai kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink.

[Lisa] terus menjadi fenomena. Dia memulakan tahun dengan comeback "Kill This Love", dan dia telah disenaraikan sebagai salah satu ikon fesyen paling berpengaruh di dunia - The Standard

Lisa Blackpink Dinobat Sebagai Individu Paling Popular 2019


# TheStandardPersonofTheYear2019
#TheStandardPopularVote #TheStandardCo


sumber : The Standard

Post a Comment

Previous Post Next Post