Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan SPM, PMR, SRP

Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan SPM, PMR, SRP

Anda sudah lama habis sekolah dan baru sahaja bergraduasi daripada Universiti. Kini ingin mencari pekerjaan untuk mengorak langkah demi masa hadapan. Tapi bila ingin mohon kerja sahaja, mereka minta pelbagai sijil sebagai rujukan. Sehinggakan perlu dilampirkan sijil keputusan SPM bersama resume. Tapi sijil anda sudah hilang? atau sudah rosak?

Jadi dengan masalah ini, bagaimana anda nak dapatkan salinan sijil SPM untuk diberi kepada bakal majikan anda? Mana nak dapatkan? Sekolah ada simpan ke sijil-sijil kita

Jangan risau, sebenarnya keputusan peperiksaan anda diperingkat sekolah masih disimpan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Jadi kalau anda mahu dapatkan salinan sijil yang baru, anda boleh terus mohon kepada pihal LP. Bukan sahaja peringkat SPM tetapi peringkat seperti PMR, SRP, LCE, MCE dan pelbagai lagi kecuali UPSR dan PT3.

Tanpa berlengah lagi, jom tengok bagaimana cara memohon salinan keputusan peperiksaan dengan mudah daripada pihak Lembaga Peperiksaan (LP)

Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan

Untuk memohon salinan keputusan peperiksaan diperingkat sekolah ini ada 2 cara :
  1. Melalui online dan secara pos
  2. Secara walk-in di kaunter LP
Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan SPM, PMR, SRP

Memohon Secara Online Dan Pos

Jika anda berada jauh daripada pejabat Lembaga Peperiksaan (LP) seperti berada di luar negeri atau luar daripada Kuala Lumpur, anda boleh mohon secara online sahaja dan penghantaran boleh melalui pos sahaja.
Muat-turun terlebih dahulu Borang Permohonan Di sini
Cara Untuk Isi Borang Permohonan
  1. Isikan semua makluman di kotak 1 dan 2
  2. Sertakan bersama-sama salinan kad pengenalan pemohon dan Wang Post (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.
  3. Sertakan Wang Pos RM30 per sijil
  4. Penghantaran digalakkan menggunakan pos express kerana serahan semula dari LPM adalah 7 hari bekerja.

Ke alamat:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


Jika urgent sila terus ke Pejabat Lembaga Peperiksaan terus

Cara Walk-In Terus Ke LP

Anda boleh terus ke pejabat LPM di Putrajaya.
  1. Anda boleh buat bayaran RM30 secara tunai di kaunter LPM
  2. Tempoh pengeluaran adalah seperti berikut
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja
    • Lain-lain peperiksaan - tujuh (7) hari bekerja
tetapi jika anda berada di luar negara, anda boleh wakilkan kepada ahli keluarga terdekat untuk ambil salinan keputusan peperiksaan anda. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. Borang tersebut juga ada di dalam borang permohonan tersebut. 

Nanti dah dapat, jangan lupa jaga jaga betul-betul sijil tersebut. Jangan hilangkan. Kalau tidak kene bayar RM30 lagi. Harap cara memohon salinan keputusan peperiksaan ini bermanfaat kepada anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post