BTS Menguasai MAMA 2019 Sebagai Raja K-Pop Selepas Memenangi 4 Daesang Termasuk Artis Terbaik

bts artist of the year mama2019

Kumpulan lelaki terkenal Korea Selatan, BTS telah merangkul 4 anugerah utama yang digelar 'Daesang' dalam acara Mnet Asian Music Awards (MAMA2019). Anugerah tersebut telah di adakan pada Rabu di Nagoya Dome di Jepun yang telah menyaksikan Park Bo Gum sebagai pengacara pada malam tersebut.

bts artist of the year mama2019

Tidak cukup dengan 4 anugerah utama, BTS juga telah memenangi 5 lagi anugerah lain pada malam MAMA2019 tersebut. Dengan kemenangan yang diperoleh, kumpulan BTS satu-satunya pemenang yang memenangi 4 Daesang dalam sejarah anugerah itu dipertandingkan setakat ini.

Anugerah Mnet Asian Music atau singkatan MAMA merupakan Majlis Anugerah Muzik Utama Korea Selatan yang disampaikan setiap tahun oleh syarikat hiburan CJ E&M. Majoriti hadiah diberikan kepada artis K-Pop, walaupun ada beberapa kategori juga diberi kepada artis Asia yang lain.

bts artist of the year mama2019

bts artist of the year mama2019

MAMA kali pertama diadakan di Seoul pada 1999 dan disiarkan di Mnet. Selepas perkembangan anugerah ini, MAMA telah diadakan di luar Korea Selatan iaitu antara tahun 2010 dan 2017 dan kini disiarkan di peringkat antarabangsa. Pada MAMA2019, ianya di adakan di Jepun

Terdapat pelbagai cara pengiraan bagi menentukan pemenang dan antaranya adalah undian online. Undian telah dibuka di laman web rasmi MAMA, aplikasi Mwave, dan Twitter sejam selepas pengumuman calon pada 24 Oktober 2019 yang lepas dan undian berakhir pada 3 Disember 2019. Ikuti senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Pemenang MAMA2019

Artist Of The Year (Daesang)
BTS

Album Of The Year (Daesang)
Map Of The Soul: Persona – BTS 

Worldwide Icon Of The Year (Daesang)
BTS

Song Of The Year (Daesang)
Boy With Luv – BTS ft Halsey

Best Male Group
BTS

Best Music Video
Boy With Luv – BTS ft Halsey

Best Female Group
TWICE

World Performer
Monsta X

Favourite Vocal Performance
gogobebe – MAMAMOO

Favourite Dance Performance
Eclipse – GOT7

Favourite Female Artist
TWICE

Favourite Male Artist
BTS

Best New Female Artist
ITZY

Best New Male Artist
TXT

Best Vocal Performance Group
Bom – BOL4

International Favourite Artist
Dua Lipa

Worldwide Fan’s Choice
BTS, GOT7, SEVENTEEN, TXT, TWICE, BLACKPINK, X1, EXO, ATEEZ, MONSTA X

Best Dance Performance Male Group
Boy With Luv ft Halsey – BTS

Best Dance Performance Female Group Fancy
You – TWICE

Best Female Artist
Chung Ha

Best New Asian Artist
WayV

Best Dance Performance Solo
Gotta Go – Chungha

Best Hip-Hop and Urban Music
She’s Fine – Heize

Breakthrough Achievement
SEVENTEEN

bts artist of the year mama2019

Special Award (Asia0

Best Asian Artist

Thailand - Nont Tanont
Mandarin - Li Ronghao
Vietnam - Hoàng Thùy Linh
Japan - Aimyon
Indonesia - Andmesh Kamaleng

Baca Juga

3/Post a Comment/Comments

  1. menarik, memang mereka tengah terkenal serata dunia

    ReplyDelete
  2. Tahniah BTS. Nama yang tak asing dalam industri hiburan korea dan luar negara

    ReplyDelete
  3. Haha anak muda sekarang kalau tak Korea tak sah. Kak Feni sorang je ke yang tak ambil port pasal BTS ni ? hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended