Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu Berbanding Aplikasi Lain

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

Jika tanya rata-rata pengguna telefon pintar antara aplikasi permesejan yang digunakan adalah Whatsapp, jarang kita dengan jawapan pertama adalah Telegram. Sebab apa? Mereka tidak tahu akan kelebihan Telegram yang tiada pada aplikasi permesejan yang lain. Statistik juga menunjukkan pengguna Whatsapp di Malaysia lebih 50% berbanding aplikasi lain.

Perkongsian daripada pemilik akaun facebook Nur Aliah turut mendapat perhatian daripada warganet. Pastinya kelebihan Telegram ini dapat mengubah persepsi anda terhadap aplikasi permesejan selain daripada Whatsapp.

Beliau menyenaraikan 10 kelebihan Telegram yang ramai tak tahu berbanding aplikasi lain yang ada di luar sana. Sepertinya Telegram bukan sahaja sekadar untuk mesej bersama rakan lain yang sepertinya ada pada Whatsapp, tetapi ianya lebih daripada itu. Sepertinya, ianya seperti one stop centre, semua ada disini. Jadi jom tengok 10 kelebihan Telegram tersebut.

10 Kelebihan Telegram Berbanding Aplikasi Lain


#1 - Penggunaan Usernama

Telegram menggunakan unik username sebagai mengganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Selain itu, username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Jika di Whatsapp anda perlu daftar menggunakan no telefon.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#2 - File Transer

Di Whatsapp anda juga boleh menghantar pelbagai fail tetapi jika menghantar gambar, pastinya gambar tersebut kualitinya akan dikurangkan. Telegram juga boleh menghantar apa sahaja jenis fail, dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram tempat paling mudah dan cepat.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#3 - Group Chat

Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000 orang ahli. Whatsapp ada limit group member. Lebih menarik lagi tentang Group Chat ni selain boleh jadikan semua ahli group sebagai admin dan fungsi reply adalah.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu


   1. Mention

Boleh mention kawan-kawan dalam group hanya dengan meletakkan simbol @ dan akan keluar senarai username ahli-ahli group.

   2. Hashtag

Hashtag boleh digunakan dalam mesej. Tujuan hashtag ni apabila kita ingin cari sesuatu perkara, kita boleh cari melalui search dan mulakan dengan #.

#4 - Uninstall Telegram

Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps termasuk Telegram. Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota penting, fail dalam tu tak akan hilang! Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall. Berbeza dengan Whatsapp, sekali uninstall, tidak dapat dikembalikan kesemua mesej yang diterima sebelum itu.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#5 - Fungsi Search Yang Hebat 

Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link. 

Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#6 - Ada Fungsi Touch ID / Password

Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam Telegram, jadi dia boleh set password hanya untuk apps Telegram sahaja.

Caranya mudah, pergi ke Setting - Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.

Lepas ni segala maklumat penting dalam telegram akan lebih selamat dengan adanya password. Menarik bukan?

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#7 - Channel Telegram

Apa beza Channel dengan Group Chat? Bezanya adalah Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group. Channel Telegram ni seperti Website lah, menyediakan semua maklumat mengikut niche Channel tersebut.

Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Public - Boleh sebar luas dan tiada had keahlian
  • Private - Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri

Apa kelebihan Channel Telegram ni?
  1. Ahli dalam channel unlimited, contoh ahli channel Lia sekarang dah lebih 15,000.
  2. Ahli yang baru join dapat lihat semua post yang terdapat di dalam channel termasuk post paling awal.
  3. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel.
  4. Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
  5. Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja.
  6. Kalau 1 post admin delete, semua ahli takkan nampak lagi post tersebut.
  7. Jumlah views bagi setiap mesej yang buka dan baca akan ditunjukkan di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan masa.

Apa MENARIK Channel Telegram ni?
  1. Menarik sebab maklumat yang kita hantar 100% berjaya sampai ke setiap ahli yang join channel tersebut.
  2. Ahli hanya boleh melihat jumlah berapa orang yang telah join channel tersebut (Boleh wujudkan kredibiliti).
  3. Ahli takkan dapat curi prospek atau phone number dalam channel tersebut walaupun dalam channel itu ada 50,000 subscribers sebab ahli tak akan nampak siapa ahli yang join dalam channel itu.
  4. Kebarangkalian 78% ahli akan buka dan baca mesej apabila setiap kali admin hantar mesej dalam channel itu.
  5. Mendapat respon 3 kali ganda lebih cepat berbanding buat FBADS apabila admin promosi atau iklankan sesuatu.
Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

Di Telegram terdapat pelbagai Channel yang disediakan, ada berkongsikan berkaitan Sukan, Teknologi, download movie secara percuma, download lagu, stream video, belajar editing, belajar berniaga, perkongsian e-book, tempat mencari pekerjaan dan macam-macam lagi. Anda boleh search sahaja dalam Telegram tersebut.

#8 - Boleh Baca Previously Punya Mesej Dalam Group

Semua tahu, kalau join group di whatsapp, korang akan rasa betul-betul NEW gila dalam group tu. Tak tahu cerita apa-apa dalam group tersebut. Rasa krik-krik je. Namun best nya di Telegram, kalau ada yang invite korang masuk group, korang tak rasa krik-krik sangat. Korang boleh baca segala previously punya chatting dalam group. Jadi tak ada la korang blur blur je dalam group. Orang Malaysia ni kan rajin scroll-scroll ni.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#9 - Sticker Comel-Comel

Lia suka dengan telegram sebab ada banyak sticker yang comel-comel korang boleh dapat. Nak dapatkan semua sticker tu percuma je. Lebih menarik lagi, korang boleh buat sticker muka sendiri! Yela, orang yang jenis peacock ni mesti nak sticker ada muka dia tengah senyum-senyum manis. Kan.

Cara nak buat sticker tu, korang search je @stickerbot . Dekat situ telegram akan guide korang untuk buat sticker sendiri.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

#10 - Nightmode

Appearance dalam telegram ni boleh tukar ke nighmode. Maknanya, waktu malam kalau buka telegram, akan bertukar warna di screen handphone ke night blue. Sedap sikit mata memandangkan. 
Jadi sebelum tidur tu, boleh la scroll-scroll channel telegram yang penuh dengan informasi dan motivasi ni kan. Banyak sangat sekarang ni channel telegram yang best-best. Tinggal rajin tak rajin je nak join. Kalau nak Lia suggest kan pon boleh, channel telegram yang best-best untuk korang baca sebelum tidur ni.

Kelebihan Telegram Yang Ramai Tak Tahu

Selain 10 kelebihan, tambahan kepada kelebihan Telegram tersebut adalah, anda boleh bukan akaun Telegram serentak di telefon pintar (Androi dan iOS), tablet, desktop dan melalui laman web Telegram di web.telegram.org

Okay jadi itu sahaja 10 kelebihan menggunakan aplikasi Telegram ni. Semoga bermanfaat!




Post a Comment

Previous Post Next Post