Pengambilan Guru INTERIM Bagi Tahun 2020

guru interim 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim bagi tahun 2020.

Sekolah dan mata pelajaran yang terlibat dalam pengambilan Guru Interim bagi ambilan 2020 kali ini adalah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; dan
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Guru Interim Di KPM Bagi Tahun 2020


Tawaran yang dibuka kepada yang berminat daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebagai Guru Interim dan empoh Interim yang ditawarkan adalah selama Tiga (3) tahun sahaja.

Maklumat Jawatan


  • Jawatan/Gred: Guru Interim Gred DC41.
  • Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah Kepujian.
  • Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang layak:
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006;
    • Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012;
    • Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
    • Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
    • Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013;
    • Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (Pindaan Kadar);
    • Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Pindaan Kadar); dan
    • Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600- 12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.
  • Kemudahan lain:
    • Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C;
    • Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh;
    • Cuti Rehat Khas; dan
    • Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  • Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi:
    • Imbuhan Tetap Perumahan;
    • Rawatan perubatan di luar negeri;
    • Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;
    • Cuti separuh gaji;
    • Cuti tanpa gaji;
    • Cuti bersalin;
    • Cuti belajar;
    • Cuti kecederaan;
    • Cuti kerantina;
    • Cuti Tibi, Kusta dan Barah;
    • Cuti tanpa rekod; dan
    • Cuti haji.

Syarat Kelayakan Asas

Calon-calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020;
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) bagi caloncalon Semenanjung Malaysia; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak;
  • Opsyen yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Sekolah Kebangsaan (SK): 

Semenanjung - Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Inggeris
Sabah - Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Inggeris, Matematik
Sarawak - Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Semenanjung - Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Inggeris, Matematik
Sabah - Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Inggeris,
Sarawak - Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, 



  • Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon-calon SJKC kecuali opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Cara Membuat Permohonan


  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web IPGM di alamat: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 23 September 2019.
  2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.


Maklumat Dan Perhatian


  1. Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim.
  2. Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Guru Interim hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di manamana sekolah samada di kawasan bandar atau pedalaman.
  3. Guru Interim tersebut dikehendaki berkhidmat sekurangkurangnya tiga (3) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh interim.
  4. Guru Interim yang tiada ikhtisas pendidikan perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)7 secara Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan.
  5. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara emel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan emel semasa temu duga.


Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan mestilah dibuat sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 30 September 2019 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

*Update

Anda sudah boleh mula membuat semakan ambila Guru INTERIM 2020 di pautan dibawah :




IKLAN JAWATAN PENUH DISINI

Post a Comment

Previous Post Next Post