BBNU Kembali Berentap. Ini Senarai Peserta Big Stage Musim Ketiga Tahun 2020

BBNU Kembali Berentap. Ini Senarai Peserta Big Stage Musim Ketiga 2020

Hari telah berlangsung sesi perkenalan peserta-peserta bagi program realiti TV terkenal di Astro iaitu Big Stage yang kini sudah masuk musim ketiga untuk tahun 2020 ini.

Program Big Stage ini merupakan pertandingan nyanyian antara peserta dengan jolongan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) yang kebanyakkannya adalah penyanyi baru yang telah berada di dalam industri dengan sebuah lagu single. Jadi peserta-peserta ini mereka adalah seorang selebriti dan juga penyanyi.

Jika musim sebelum ini iaitu bagi musim pertama dan musim kedua, masing-masing telah dimenangi oleh Sarah Suhari dan juga Han-Byul yang merupakan peserta luar negara daripada Korea. Musim ketiga ini kita kena tunggu pula siapa yang menang. Kali ini, tiada peserta luar negara seperti musim kedua yang di adakan pada 2019 yang lepas.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 kepada juara, RM50,000 kepda naib juara dan RM25,000 kepada tempat ketiga dan masing-masing pastinya membawa pulang trofi. Ermm siapa la juara untuk Big Stage 2020 pula kan?

Nampaknya pasti berbeza, kerana kini kita masih lagi dalam musim PKPP yang memerlukan pematuhan SOP yang ditetapkan. Mungkin juga PKPP ini akan diteruskan atau tamat pada Ogos ini, kita pun masih tak tahu

Big Stage Musim Ketiga Untuk Tahun 2020 Kini Kembali

Tahun ini masih mengekalkan konsep 12 peserta yang para penyanyi pun bukan biasa-biasa juga. Jika peserta lelaki, yang terlibat adalah Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid, Hafiz Zainal, Qody, Usop, Yamani Abdillah dan Amir Hassan. Manakala bagi peserta perempuan pula ialah Farisha Iris, Hanie Soraya, Sandra Dianne dan Nana Sheme.

BBNU Kembali Berentap. Ini Senarai Peserta Big Stage Musim Ketiga 2020

Juga mengekalkan konsep juri yang sama seperti musim sebelum ini tetapi kali ini Tokti dah tiada. 3 juri yang akan mengadili para peserta adalah Ajai, Dayang Nurfaezah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap. Manakala setiap minggu akan diundang khas untuk juri jemputan yang turut serta mengadili persembahan peserta Big Stage 2020.

BBNU Kembali Berentap. Ini Senarai Peserta Big Stage Musim Ketiga 2020

Sedikit kelainan, pada tahun ini adalah Presiden Nitizen iaitu yang terlibat adalah Neelofa, Caprice dan Michael Ang yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.

Seperti biasa, Alif Satar dan Sherry Al Hadad akan mengamatkan lagi program tersebut sebagai pengacara untuk 3 musim berturut-turut.

Big Stage Musim Ketiga tahun 2020 ini akan bersiaran langsung di saluran Astro RIA dan RIA HD bermula 16 Ogos 2020 iaitu setiap Ahad pada jam 9 malam. Masih dalam PKPP, jadi konserta mingguan yang berlangsung di PICC itu akan di adakan dalam skala kecil dengan jumlah penonton sedikit. Mungkin untuk penjarakan fizikal barang kali.

Jadi jangan lupa nanti, saksikan artis BBNU kesayangan anda beraksi nanti di pentas Big Stage Musim Ketiga Tahun 2020. 


sumber : mstar dan gempak.com

Post a Comment

Previous Post Next Post