MYTV Memperkenalkan Siaran Baru, Awesome TV Bermula 3 Ogos 2020

MYTV Memperkenalkan Siaran Baru, Awesome TV Bermula 3 Ogos 2020

Siaran Televisyen Digital Percuma, MYTV akan memperkenalkan sebuah siaran baru iaitu Awesome TV (ATV) bermula 3 Ogos 2020 iaitu secara rasmi.

MYTV myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan. Perkhidmatan MYTV Freeview ini telah pun bermula siaran pada tahun 2015 lagi bagi menggantikan sistem analog kepada digital.

Ianya kini telah digunakan hampir ke seluruh Malaysia dan sudah ramai rakyat yang telah menikmati siaran HD yang disediakan melalui perkhidmatan MYTV ini. Kini anda boleh tonton siaran RTM 1, RTM 2 dan TV3 dalam mod High Definition (HD) tau. Pastinya lebih terang dan jelas.

Setakat ni terdapat 15 saluran TV dan 6 siaran radio yang disediakan melalui MYTV secara percuma. Dengan kemunculan siaran baru Awesome TV ini menjadikannya 16 saluran TV.

Jadi apa kandungan siaran Awesome TV ni?

MYTV Memperkenalkan Siaran Baru, Awesome TV Bermula 3 Ogos 2020

Saluran Baharu Awesome TV Diperkenalkan Melalui MYTV

Bermula 3 Ogos 2020 ini, siaran Awesome TV akan disiarkan secara rasmi di MYTV melalui channel 112

Saluran TV santai, ceria dan menghiburkan bakal menemui anda tidak lama lagi. Variasi program menarik disediakan yang terdiri daripada pelbagai genre untuk keriangan seisi keluarga. alert-info

Antara program yang disiarkan seperti yang dikongsikan melalui facebook rasmi Awesome TV adalah, Perang Dingin, Shuk Nak Tanya, A! Ketawa (sketsa komedi), Ohsem, Awesome Minggu Ini (sketsa komedi), Ah How Putus Cinta, Warung Wak, Rumah RaRa (sitkom), On x On, dan banyak lagi.


Hanya Yang Awesome di Awesome TV

Untuk ketahui lebih lanjut pasal Awesome TV ini, boleh layari laman media sosial mereka seperti dibawah:

Facebook : awesometv.my⁣⁣⁣⁣
Twitter : awesometv_my⁣⁣⁣
Instagram : awesometv.my
TikTok : awesometv.my

Ramai yang tertunggu-tunggu dengan siaran baru Awesome TV di MYTV ini dan ramai juga berharap, kurangkanlah program jual-menjual kan. Apa-apapun, siaran baharu ni pun nampak menarik kan untuk keluarga.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended