Petua Elak Rambut Gugur Secara Semula Jadi

Petua Elak Rambut Gugur Secara Semula Jadi

Masalah rambut gugur ini berlaku pada lelaki mahupun perempuan. Biasa kita dapat lihat bila mandi, banyak je rambut keguguran. Jadi disini, mugnkin anda boleh amalkan beberapa tips dan petua elak rambut gugur secara alami atau semula jadi.

Masalah keguguran rambut ini selain menjejaskan penampilan, lama-lama rambut akan semakin nipis dan akhirnya kepala menjadi botak. Bayangkan lah, di usia muda, rambut dah gugur dan dah botak. Kalau perempuan mungkin boleh lindungi dengan pakai tudung tapi kalau lelaki, tak boleh nak berselindung.

Jadi mungkin petua semula jadi ini antara tips yang boleh anda amalkan bagi mengelakkan rambut gugur di masa akan datang. Penggunaan barangan semula jadi pasti baik untuk kesihatan kepala dan rambut kita.

1.   Minyak Zaitun

Minyak Zaitun

Terdapat banyak kebaikan minyak zaitun dan salah satunya adalah untuk mengatasi masalah rambut gugur. Selain itu, ianya juga boleh meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala anda. Caranya, anda hanya perlu titiskan minyak zaitun di kulit kepada setelah anda mencuti rambut terlebih dahulu. Selepas sudah titis, anda perlu urut kepala anda dan biarkan ianya semalaman agar minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, barulah anda cuci rambut sehingga bersih.

2.   Daun Pandan

Daun Pandan

Daun pandan juga dapat mengatasi masalah keguguran. Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarlah kurang lebih 45 minit sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap mungkin cara bagi mengatasi masalah keguguran rambut.

3.   Kacang Hijau

Kacang Hijau

Satu lagi petua menggunakan bahan hijau iaitu kacang hijau. Ambil kacang hijau tersebut dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudiannya disapu pada kulit kepala. Buat sedikit urutan pada kulit kepala anda. Petua ini biasanya digunakan oleh orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala bagi ransangan pertumbuhan rambut baharu. 

4.   Santan

Santan

Cara ini popular sejak dahulu lagi yang boleh melebatkan dan menghitamkan rambut. Caranya. lumurkan 250ml hingga 500ml santan pada kulit kepada dan rambu. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut anda menjadi lebih lembut dan bersinar. 

5.   Air Garam

Air Garam

Petua menggunakan air garam ini digunakan bagi menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas anda bersihkan rambut, letakkan sejumlah garam di dalam besen sesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda. Rendah rambut selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu dapat meresap kedalam kulit kepala. Akhirnya, bila rambus sehingga bersih.

6.   Teh Hijau

Teh Hijau

Teh Hijau sememangnya banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan, malah membantu untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala. Ini kerana teh hijau kaya dengan bahan antioksida yang boleh mengatasi masalah keguguran rambut. Anda hanya perlu mereneh 2 uncang teh hijau ke dalam cawan. Biarkan teh hijau itu sejuk dan kemudian, sapukan pada permukaan kulit kepala. Biarkan sementara dan akhirnya bilas sehingga bersih.

7.   Kuning Telur

Kuning Telur

Dengan memanfaatkan telur kuning, anda boleh mengatasi masalah rambut gugur dengan menggunakan cara semula jadi ini. Caranya, anda hanya perlu sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Urut dalam masa 10 hingga 15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar dapat menghilangkan bau hanyir telur tersebut.

8.   Makan Sayur Dan Buah-Buahan

Makan Sayur Dan Buah-Buahan

Pemakanan juga penting bagi kesihatan rambut. Ambillah makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B dan vitamin D untuk melebatkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar kerana makanan ini mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan baik.

9.   Lobak Merah

Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan bahan biotin dan vitamin B. Kedua-dua vitamin ini merupakan nutrisi penting dalam menjadikan kulit kepala dan rambut sihat. Bukan itu sahaja, nutrisi ini juga boleh menjadikan rambut anda sihat, lembut dan berkilat.

10.   Ikan Salmon

Ikan Salmon

Ambil pemakanan ikan salmon. Salmon merupakan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Kandungan Omega-3 ini sangat diperlukan untuk menjadikan kulit kepada sihat, sekali gus membuatkan rambut lembap, berkilat, sihat dan lebih bermaya.


sumber : maskulin

Post a Comment

Previous Post Next Post