Antara Petua Tradisional Yang Anda Boleh Amalkan Bagi Tampil Sihat Dan Menawan

Petua Tradisional Yang Anda Boleh Amalkan Bagi Tampil Sihat

Orang dulu-dulu tiada pun perubatan moden seperti sekarang dan kehidupan mereka masih sihat dan baik. Ini kerana, mereka dahulu hanya bergantung kepada perubatan alami atau semula jadi bagi tujuan penjagaan kesihatan untuk tampil sihat dan menawan.

Tidak boleh dinafikan perubatan moden juga penting mengikut peredaran zaman sekarang. Tetapi mungkin sebagai alternatif, boleh juga amalkan petua tradisional bagi tujuan penjagaan kesihatan dari segi luaran. Kalau dari segi dalaman, lebih baik anda pergi ke hospital terlebih dahulu bagi tujuan check kesihatan.

Jadi melalui perkongsian Jelita, ikuti 10 panduan dan petua lakukan-sendiri yang boleh anda cuba di rumah jika ingin sentiasa tampil sihat dan menawan tanpa perlu berbelanja dengan banyak bagi tujuan pembelian produk di luar sana.

Panduan Dan Petua Bagi Tampil Sihat Dan Menawan

Hilangkan Kelemumur

daun pandan

Masalah kelemumur sering mengganggu wanita atas beberapa faktor sepert kulit berminyak tetapi kering, peluh dan haba dari pemakaian tudung dan sebagainya. Guna cara ini untuk melawan masalah kelumumur anda.

  • Sediakan 10 helai daun pandan. Bersihkan dan potong kecil
  • Kisar daun pandan dengan 2 cawan air hingga benar-benar lumat
  • Tapis dan sapukan airnya pada kepala anda
  • Gosok perlahan pada kulit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih
  • Selain menghilangkan kelemumur, ia juga membuat rambut berbaur harum.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Lembutkan Bibir Kasar

minyak kelapa

Kulit bibir menjadi kasar dan kering? Ia mungkin disebabkan pemakanan dan aktiviti harian. Cuba resepi ini untuk membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bibir dan mengelakan ia daripada menjadi kering.

  • Sediakan 2 sudu minyak kelapa, satu sudu lilin lebah dan setengah biji lemon
  • Campurkan kesemua bahan dalam bekas dan perahkan jus lemon. Kemudian, panaskan di dalam ketuhar sebentar agar adunan sebati dan suam
  • Sapukan ia pada bibir anda 2 kali sehari

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Hilangkan Kutu

bawang putih

Rambut yang berkutu bukan sahaja memalukan, malah boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan menggaru kepala sepanjang masa. Cuba tip ini untuk menghilangkan kutu di kepala anda.

  • Sediakan beberapa ulas bawang putih
  • Kupas dan tumbuk sehingga lumat
  • Kemudian campurkannya dengan sedikit minyak masak
  • Lumurkan pada keseluruhan rambut hingga kulit kepala
  • Balut kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci bersih.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Atasi Sakit Gigi

tomato

Sakit gigi boleh mengganggu aktiviti terutamanya jika mahu berkomunikasi ataupun menikmati hidangan makanan. Cuba cara semula jadi ini dengan tomato. Kandungannya boleh membantu meredakan kesakitan gigi.

  • Sediakan sebiji tomato bersaiz kecil
  • Layurkan tomato di atas api yang kecil sehingga ia layu
  • Apabila tomato sudah suam, letakkan pada gigi yang sakit dan gigit tomato berkenaan
  • Diam selama beberapa minit atau hingga rasa sakit mula reda sebelum anda berkumur dengan air suam.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Lebatkan Bulu Kening

buah keras

Alis mata atau bulu kening yang lebat dan cantik memang menjadi kesukaan ramai. Jika anda ingin melebatkan bulu kening anda, cuba ikuti cara mudah ini.

  • Sediakan 2 buah keras
  • Bakar sehingga kehitaman dan kemudian tumbuk sehingga halus
  • Sapukan pada alis mata setiap malam sebelum tidur

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Lentikkan Bulu Mata

daun lidah buaya

Memiliki bulu mata yang lentik sudah tentu menjadi idaman setiap wanita kerana ia boleh menyerlahkan kecantikan mata. Inginkan bulu mata yang lentik semula jadi? Ikuti panduan ini.

  • Sediakan daun lidah buaya
  • Sebelum tidur, sapukan lendir daun tersebut pada bulu mata anda
  • Biarkan hingga keesokan harinya
  • Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil diingini.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Kawasan Lutut Hitam

daun sirih

Kaki ialah bahagian tubuh penting yang perlu dijaga, namun jika kawasan lutu menjadi hitam ia pasti akan menjejaskan penampilan mereka yang gemar memakai skirt pendek. Bagi mengatasi masalah ini anda boleh cuba tips ini.

  • Sediakan beberapa helai daun sirih
  • Letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih
  • Kemudian gosokkan pada lutut atau siku selama beberapa minit
  • Amalkan selalu hingga bahagian gelap mula pudar.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Rekahan Dan Pecah Umit Kaki

bawang putih

Tumit yang kasar, pecah dan merekah menjejaskan penampilan kaki anda. Bukan itu sahaja, kesan pecahan semakin merebak dan membuatkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Ikuti panduan yang anda boleh ikuti ini.

  • Tumbuk beberapa ulas bawang putih
  • Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis
  • Sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Hilangkan Siku Hitam Dan Kasar

lemon

Siku hitam dan kasar boleh menghilangkan keyakinan wanita dan membuatkan mereka malu untuk mengenakan baju berlengan pendek. Lemon boleh membantu dalam perkara ini. Ia bertindak sebagai agen pengelupasan yang membantu menghilangkan lapisan luar kulit kasar pada siku.

  • Sediakan satu lemon
  • Potong menjadi 2 bahagian
  • Masukkan siku anda ke dalam isi lemon itu. Biarkan selama 10 minit
  • Kemudian lakukan perkara sama pada siku sebelah lagi
  • Cuci bersih siku anda dan sapukan sedikit pelembap
  • Ulang cara ini selalu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Hilangkan Hitam Bawah Lengan

limau nipis

Kawasan bawah lengan hitam sudah tentu memalukan apa lagi untuk bergaya dengan baju tanpa lengan. Cuba cara di bawah ini untuk mencerahkan dan memudarkan kesan hitam di kawasan berkenaan.

  • Sediakan sebiji air perahan limau nipis
  • Campurkan dengan kapur sirih
  • Sapukan ramuan tadi pada bawah lengan setiap kali selepas mandi setiap hari
  • Ia bukan sahaja membantu mencerahkan malah juga menghilangkan bau pada bahagian tersebut.

Boleh cari - DISINI atau DISINI

Harap perkongsian petua tradisional ini bermanfaat untuk anda semua.


sumber : majalahjelita

Post a Comment

Previous Post Next Post