Minggu ke-19 (LS19) Liga Super Malaysia 2025 menyaksikan perlawanan menarik antara Terengganu FC vs Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pasukan sudah beberapa kali bertemu musim ini.
Butiran Perlawanan
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2025, hari Sabtu, pada pukul 9.00 malam bertempat di perlawanan adalah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Ini merupakan perlawanan ketiga pada hari kedua LS19, ia mendahului dua perlawanan lain iaitu Negeri Sembilan vs Sabah dan Penang vs Selangor.
Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Juga tersedia di live streaming secara percuma di RTM Klik.
Rekod Pertemuan Musim Ini
Musim Liga Malaysia 2024/2025 telah menyaksikan Terengganu dan JDT bertemu sebanyak dua kali. Pertemuan pertama dalam saingan Liga Super yang telah berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Julai 2024, di mana JDT menang besar dengan jaringan 4-0.
Pertemuan kedua pula adalah dalam separuh akhir Piala FA yang berlangsung dua minggu yang lalu, di mana menyaksikan Terengganu sekali lagi tumbang dengan keputusan sama (4-0).
Harapan Terengganu di Laman Sendiri
Untuk pertemuan ketiga ini, bermain di halaman sendiri memberi peluang buat Terengganu menebus kekalahan sebelum ini.
Dengan sokongan padu penyokong setia mereka, skuad Penyu berpeluang mencipta kejutan. Namun, JDT yang terkenal dengan skuad mantap pastinya tidak akan memberi laluan mudah.
Keputusan Perlawanan
FT : Terengganu (0) - (1) JDT
- Juan Muniz 13'
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Sultan MizanZainal Abidin
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik