Tahiyat Akhir adalah salah satu rukun dalam solat yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Bacaan ini dibaca pada duduk terakhir sebelum memberi salam.
Ia bukan sahaja melengkapkan solat tetapi juga menjadi tanda penghormatan dan doa kepada Allah. Berikut merupakan bacaan Tahiyat Akhir yang betul, dalam rumi, makna dan doa selepas membaca sebelum beri salam.
Bacaan Tahiyat Akhir
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan ini penting untuk dihafal kerana ia wajib dilafazkan dengan betul dan tepat.
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Bagi yang belum mahir membaca tulisan Arab, berikut adalah bacaan tahiyat akhir dalam rumi:
Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assalamu’alayna Wa ’alaa ‘ibadillahis Solihin.
Asyahadu Allaa Ilaha Illallah.
Wa ’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli ’alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.
Kama Sollayta ’ala Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim.
Wabarik ‘alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘alaa Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim Fil ‘alamin Innaka Hamidum-Majid.
Bacaan tahiyat akhir rumi ini memudahkan mereka yang baru belajar solat untuk membaca dengan lancar. Namun, penting untuk memperbaiki bacaan bahasa Arab seiring dengan masa.
Makna Tahiyat Akhir
Setiap bacaan dalam tahiyat akhir mempunyai makna yang mendalam:
"Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia"
Dengan memahami makna ini, solat kita menjadi lebih khusyuk dan bermakna.
Doa Selepas Membaca Tahiyat Akhir (Sebelum Memberi Salam)
Selepas membaca tahiyat akhir, adalah digalakkan untuk membaca doa ini sebelum memberi salam:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ
Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabi jahannam, wa min ‘adzabil qabr, wa min fitnatil mahya wal mamat, wa min syarri fitnatil masihid-dajjal.
Maknanya: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian, serta kejahatan fitnah Dajjal."
Doa tahiyat akhir rumi ini membantu kita memohon perlindungan daripada perkara-perkara yang membinasakan.
Penutup
Tahiyat akhir adalah rukun penting yang melengkapkan solat. Memahami bacaan tahiyat akhir rumi, makna, dan doa yang dibaca selepasnya memberi kita peluang untuk meningkatkan khusyuk dan keikhlasan dalam ibadah.
Semoga panduan ini membantu memperbaiki solat kita dan mendekatkan diri kepada Allah. Sentiasa berusaha memperbaiki bacaan dan fahami maksudnya agar solat lebih bermakna.