Piala Asia AFC 2023 Qatar : Jadual Siaran Langsung & Live Streaming

Piala Asia 2023 : Jadual, Siaran Langsung & Live Streaming

Kejohanan bola sepak tertinggi Asia kini kembali menerusi Piala Asia AFC (AFC Asian Cup) dimana akan mengumpulkan pasukan-pasukan kebangsaan terkuat dalam benua ini bagi merebut takhta kejuaraan.

Untuk edisi Piala Asia AFC 2023, Qatar sekali lagi akan menjadi tuan rumah dalam kejohanan bola sepak selepas satu tahun sebelum ini menganjurkan FIFA World Cup 2022 yang telah melakan sejarah tersendiri.

{tocify} $title={Table of Contents}

Sebanyak 24 pasukan yang memulakan persaingan pada 13 Januari ini dengan perlawanan pembukaan akan berlangsung di stadium ikonik Lusail, dimana Lionel Messi mengangkat trofi Piala Dunia dihadapan 89,000 penonton.

senarai 24 pasukan piala asia 2023

Pastinya seluruh Asia kini teruja untuk ketahui pasukan manakah yang bakal menjadi juara untuk edisi kali ini. Adakah tuan rumah, Qatar mampu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2019 yang lalu atau akan ada juara baru?

Edisi 2023 kali ini lebih menarik apabila Malaysia menjadi salah satu pasukan yang mengambil bahagian apabila selepas 40 tahun, skuad Harimau Malaya kembali ke pentas berprestij ini dan kali ini lebih manis dengan layak secara merit.

Pengenalan Piala Asia 2023 Qatar (AFC Asian Cup)

Pada awalnya, China telah dipilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan ini. Walaubagaimanapun, negera tersebut terpaksa melepaskan hak penganjuran berikutan pandemik yang melanda ketika itu.

Selain itu, Piala Asia edisi kali ini sepatutunya diadakan pada tahun 2023 iaitu empat tahun sekali selepas edisi 2019. Tetapi disebabkan penarikan diri oleh China pada saat-saat akhir, ianya dianjakkan sedikit ke tahun 2024.

Pada tahun 2022, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akhirnya mengumumkan Qatar sebagai negara tuan rumah yang baru di atas kesediaan yang mana sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Piala Asia juga tidak asing kepada Qatar yang sebelum ini juga pernah menjadi tuan rumah; tahun 1988 dan 2011.

Kejohanan ini akan bermula pada hari hari Sabtu, 13 januari 2024 jam 12.00 pagi waktu Malaysia (waktu Qatar, 12 Januari, 7 malam) di Stadium Lusail dimana tuan rumah Qatar akan menentang Lubnan dalam perlawanan pertama kumpulan A.

Piala Asia AFC 2023 Qatar akan bermula dari 13 Januari hingga 10 Februari 2024. Peringkat kumpulan akan berlangsung sehingga 25 Januari. Manakala pusingan 16 terbaik akan bermula dua hari selepas itu iaitu pada 28 januari 2024.

Undian Kumpulan

Sebanyak 24 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam Piala Asia AFC 2023 termasuk pasukan tuan rumah Qatar. Kesemua pasukan dibahagikan dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama jaguh rantau Asia, Korea Selatan, negara yang berada di kedudukan ke-87 dunia, Jordan dan pasukan Bahrain yang kini di rangking FIFA ke-86. Ini keputusan rasmi undian Piala Asia 2023

Kumpulan A: Qatar, China, Tajikistan, Lebanon
Kumpulan B: Australia, Uzbekistan, Syria, India
Kumpulan C: Iran, UAE, Palestine, Hong Kong
Kumpulan D: Jepun, Indonesia, Iraq, Vietnam
Kumpulan E: Korea Selatan, Malaysia, Jordan, Bahrain
Kumpulan F: Arab Saudi, Thailand, Kyrgyzstan, Oman

undian peringkat kumpulan piala asia 2023

Format Pertandingan

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan dan empat pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik akan mara ke pusingan 16. Pasukan tercorot dan dua pasukan tempat ketiga terburuk dalam setiap kumpulan akan tersingkir daripada kejohanan

Senarai Pemain Harimau Malaya

Seramai 16 pemain yang akan menggalas tanggungjawab yang membarisi pasukan kebangsaan Malaysia bagi menghadapi Piala Asia 2023 Qatar.

pemain kesebelasan utama harimau malaya piala asia 2023

Jadual Perlawanan Piala Asia 2023

Edisi kali ini sangat bermakna apabila pasukan Malaysia layak secara merit untuk bersaing dengan pasukan-pasukan besar di pentas berprestij Piala Asia 2023 Qatar yang berlangsung dari 13 Januari hingga 10 Februari 2024.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan dengan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan di dua venue berbeza. Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Asia.

16 Januari 2023 (Selasa)
FT : Malaysia (0) - (4) Jordan | 1.30 pagi | Stadium Al Janoub

20 Januari 2023 (Sabtu)
FT : Bahrain (1) - (0) Malaysia | 10.30 malam | Stadium Jassim Bin Hamad

25 Januari 2023 (Khamis)
FT : Korea Selatan (3) - (3) Malaysia | 7.30 malam | Stadium Al Janoub

jadual malaysia piala asia 2023 qatar

Untuk jadual penuh bagi setiap perlawanan dengan melibatkan semua pasukan, anda boleh rujuk lampiran dan gambar dibawah

jadual penuh piala asia 2023

Untuk kemaskini terbaru bagi jadual dan kedudukan pasukan bertanding, boleh rujuk pautan berikut : https://www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup/fixtures__standings.html

Siaran Langsung Piala Asia 2023 Qatar [LIVE]

Kesemua 51 perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia akan ditayangkan secara langsung menerusi Astro Arena (801), Arena Bola (803-804) dan Astro Supersport (811-813).

Selain itu, RTM menerusi TV Okey dan Sukan RTM turut akan menyiarkan perlawanan siaran langsung tetapi hanya melibatkan pasukan Malaysia sahaja. Manakala beberapa perlawanan lain akan berlangsung secara tertunda.

Live Streaming

Manakala untuk tontonan secara live streaming, anda boleh pergi ke halaman Sooka dengan melanggan RM34.90 sebulan. Juga tersedia di pautan live streaming RTM Klik https://rtmklik.rtm.gov.my/live/

Untuk peminat bola sepak, anda boleh dapatkan poster jadual Piala Asia 2023 Qatar di SINI.

Post a Comment

Previous Post Next Post