Cara Tonton Drama Haloba Secara Online Di Tonton Full Episod Hingga Akhir

Cara Tonton Drama Haloba Di Tonton Full Episod Hingga Akhir

Untuk anda yang mencari cara untuk menonton drama Haloba selain menerusi saluran TV3 di tv, anda juga boleh tonton secara striming online di platfom www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Drama 15 episod ini telah mula bersiaran pada 3 Oktober 2023 yang lalu dimana dimainkan setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi slot Samarinda.

Naskah terbitan Enuja Production Sdn. Bhd. ini merupakan idea asal daripada Ken Tan dan juga merangkap sebagai penulis skrip bersama Chooi Ken. Manakala Emi Suffian bertindak sebagai pengarah.

Ianya menampilkan barisan pelakon popular negara seperti Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin, Shah Iskandar, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Haloba

Drama Haloba mengisahkan tentang Erina iaitu gadis muda yang baru pulang daripada luar negara yang mana dia nekad untuk membalas dendam terhadap Raif atas pengkhianatan cinta 10 tahun yang lalu.

Demi untuk menjayakan perkara tersebut, Erina meminta bantuan kekasihnya iaitu Hadi. Mereka ingin menggangu-gugat kebahagian rumah tangga Raif bagi menggantikan kedudukan kedua-dua isterinya iaitu Alia dan Misha.

Meskipun merasakan segalanya berjalan dengan mudah, tetapi hakikatnya tidak apabila Erina dibelengu pelbagai cabaran daripada pelbagai pihak terutamanya mereka yang berada di sekeliling Raif.

Dengan sikap haloba yang ada pada Erina, dia sanggup mengetepikan akhlak dan prinsip hidupnya hanya bertujuan untuk membalas dendam.

Erina kemudiannya bertindak agresif dan tidak berperikemanusiaan hanya bertujuan untuk mencapai matlamatnya.

Tapi akhirnya adakah Erina berjaya dengan misinya tersebut demi mengeruhkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri?

Haloba

Cara Tonton Drama Haloba Di Tonton Full Episod Hingga Akhir

Jadi untuk anda yang tidak sempat untuk menonton drama Haloba di tv atau mungkin anda ingin menonton semula bagi episod yang terlepas, jangan risau!

Anda kini boleh saksikannya secara online di platform Tonton dan ianya adalah secara percuma. Klik Sini. Lepas ni boleh tengok dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post