Siaran Langsung BG Pathum United vs JDT ACL AFC Champions League 2023

BG Pathum United vs JDT ACL AFC Champions League 2023

Kita bakal dapat saksikan dua wakil Asia Tenggara berentap dalam kejohanan tertinggi Asia di AFC Champions League (ACL) 2023 kali ini iaitu antara BG Pathum United vs Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 3 Oktober 2023, hari Selasa pada jam 8.00 malam bertempat di Stadium Pathum Thani, Thailand.

Kedua-dua pasukan ini telah diundi dalam kumpulan I bersama-sama wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai, wakil kelab Jepun iaitu Kawasaki Frontale dan BG Pathum United dari Thailand.

Ini juga merupakan perlawana kedua bagi BG Pathum United dan JDT. Kedua-dua bermula dengan langkah kiri sebelum ini apabila tewas kepada pasukan lawan masing-masing.

BG Pathum United sebelum ini bertemu dengan Ulsan Hyundai dan terpaksa akur dengan kehebat pasukan Korea tersebut apabila tewas 3-1 ketika bermain di Ulsan.

JDT juga menerima nasib yang sama ketika bertemu Kawasaki Frontale di SSI sebelum ini. Meskipun bermain di halaman sendiri, mereka terpaksa akur apabila tewas tipis 1-0 kepada lawan.

Jadi pastinya kedua-dua pasukan ini tidak mahu lagi menerima kekalahan kedua dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League kali ini.

Pertemuan BG Pathum United Dan JDT

BG Pathum United berjaya melayakkan diri ke ACL pada musim kali ini apabila berjaya lolos dalam perlawanan Play Off sebelum ini.

Berbeza dengan JDT apabila mereka berjaya ke peringkat kumpulan AFC Champions League atas faktor kejuaraan liga yang diperoleh dalam Liga Super 2022 yang lalu.

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sekali iaitu pada tahun 2015. Ketika itu mereka bermain dalam pusingan kelayakan pusingan kedua AFC Champions League.

Bermain di tempat sendiri pastinya memberikan kelebihan besar untuk BG Pathum United dan sekali gus berjaya menewaskan JDT dengan jaringan 3 gol tanpa balas ketika itu.

Jadi ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan. JDT pastinya jauh lebih hebat berbanding 8 tahun yang lalu. Adakah keputusan sama yang bakal diperoleh atau akan ada kejutan daripada JDT kali ini?

Tayangan Siaran Langsung BG Pathum United vs JDT

Penyokong setia JDT terutamanya Boys Of Strait (BOS) pastinya tidak mahukan pemain-pemain JDT beraksi bersendirian di Thailand. Jadi pastinya mereka akan terbang bersama pada hari perlawanan.

Tapi bagi penyokong setia yang berada di Malaysia termasuk peminat bola sepak, pastinya anda ingin menyaksikan aksi berkelas dunia yang bakal ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

Jadi anda boleh saksikan pertemuan BG Pathum United vs JDT menerusi tayangan siaran langsung di Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Untuk yang tiada Astro, jangan risau kerana perlawanan ini juga ditayangkan di platform web dan aplikasi Sooka. Jadi anda boleh langgan dengan harga serendah RM28.90 sebulan tanpa kontrak.

Pasti semua tidak sabar-sabar untuk menantikan perlawanan ini kan? Jadi jangan lupa pada 3 Oktober ini, selasa pertemuan BG Pathum United vs JDT dalam aksi kedua AFC Champions League 2023.

3 Oktober 2023 (Selasa)

FT : BG Pathum United (2) - (4) JDT

  • Victor Cardozo 5' (P), 55'
  • Arif Aiman 6', 78'
  • Bergson da Silva 14'
  • Juan Muñiz 53’

Waktu : 8.00 PM
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post