Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2023

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2023

Anda boleh ikuti ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di lokasi masjid atau surau yang beliau hadiri seperti yang ditetapkan. UAI telah kongsikan jadual kuliah untuk bulan September 2023 dan anda boleh hadir ke sana.

Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal dengan kaedah penyampaian ceramah atau kuliyah secara santai dan bersahaja. Selain menyampaikan ilmu agama, beliau juga sering selitkan lawak jenaka yang berilmu bagi menarik lebih ramai pendengar terutamanya golongan anak muda.

Kita semua sedia maklum, sekiranya Ustaz Azhar Idrus datang bagi memberi ceramah dan kuliyah pasti ramai juga yang memenuhi ruang masjid atau lokasi tersebut bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau.

Ceramah Menarik Ustaz Azhar Idrus - DISINI

Jadi jika anda berkeinginan untuk datang dan dengar secara langsung, boleh datang ke mana-mana lokasi yang disenaraikan dibawah.

Jadual Ceramah Dan Kuliah Ustaz Azhar Idrus September 2023

Dengan adanya jadual bersama tarikh dan lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus, anda boleh bersiap untuk datang beramai-ramai dan mengambil masa sedikit untuk dengar ceramah yang kebiasaanya diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak atau mungkin selepas Isyak.

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan September 2023:

  • 1 September (Jumaat) - Surau Ladang Kuala Terengganu
  • 2 September (Sabtu) - Masjid Batu 6 Kuala Nerus Terengganu
  • 3 September (Ahad) - Masjid Kg. Chalok Kedai Setiu
  • 4 September (Isnin) - Majis Kg. Butut Kuala Berang Hulu Terengganu
  • 7 September (Khamis) - Masjid Al-Ansar Kem Sri Pantai Kuala Nerus Terengganu (9 Malam)
  • 8 September (Jumaat) - Surau Al-Hijrah Ulu Takir Kuala Terengganu
  • 10 September (Ahad) - Masjid Tebauk Bukit Tunggal Kuala Terengganu
  • 12 September (Selasa) - Masjid Ar-Raudhah Pengkalan Udara Gong Kedak Jerteh Terengganu
  • 14 September (Khamis) - Masjid Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 15 September (Jumaat) - Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina Jitra Kedah
  • 16 September (Sabtu) - Masjid Kariah Bandar Perdana Sungai Petani Kedah
  • 18 September (Isnin) - Masjid Lama Durian Burung Kuala Terengganu
  • 20 September (Rabu) - Pondok Tok Faqir Merchang Terengganu
  • 24 September (Ahad) - Ma'ahad Qatrunnada Kg. Pondok Lalang Kg. Bukit Wan Terengganu
  • 25 September (Isnin) - Masjid Mukim Kubang Bembam Pasir Mas Kelantan
  • 27 September (Rabu) - Masjid Simpang 4 Chendering Kuala Terengganu
  • 29 September (Jumaat) - Masjid Pasir Simpul Kuala Ping Hulu Terengganu
  • 30 September (Sabtu) - Masjid Jame' Beserah Kg. Darat Beserah Kuantan Pahang

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) September 2023

Sekiranya anda ingin ikuti lebih rapat apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ikuti laman facebook beliau di Ustaz Azhar Idrus Official.

Post a Comment

Previous Post Next Post