Jadual Dan Keputusan Malaysia Futsal Cup 2023

Jadual Dan Keputusan Malaysia Futsal Cup 2023

Selepas selesai kejohanan Piala MPFL baru-baru ini, sukan futsal diteruskan lagi dengan satu lagi kejohanan iaitu Malaysia Futsal Cup 2023 dimana ianya akan berlangsung pada bulan Ogos hingga September 2023.

Ini merupakan edisi kedua untuk kejohanan ini dimana kali pertama ianya diadakan pada tahun 2022 yang lalu. Selangor MAC merupakan pemenang kali pertama selepas berjaya menundukkan Pahang Rangers di final pada tahun lalu.

{tocify} $title={Table of Contents}

Malaysia Futsal Cup 2023

Malaysia Futsal Cup atau Piala Futsal Malaysia merupakan kejohanan tahunan bagi sukan futsal anjuran FAM. Pasukan-pasukan yang layak adalah berdasarkan prestasi di Malaysia Premier Futsal League (MPFL) pada tahun tersebut.

Kejohanan ini hanya disertai oleh 8 pasukan sahaja dan ianya menggunakan format kalah mati. 6 pasukan daripadanya merupakan juara, naib juara dan tempat ke-3 bagi kumpulan A dan kumpulan B dalam saingan MPFL. Manakala 2 lagi pasukan perlu melalui play-off.

Untuk tahun 2023, pasukan yang layak ke Malaysia Futsal Cup adalah Pahang Rangers, Johor Darul Ta'zim, Selangor MAC, Selangor TOT United, Terengganu, Shah Alam City, KL City dan Pulau Pinang. Kesemua akan bertentap bagi memburu piala dan gelaran juara Malaysia Futsal Cup 2023

Keputusan Undian Perlawanan Bagi Malaysia Futsal Cup 2023

Keputusan undian telah pun dibuat pada awal Ogos yang lalu dengan bermula pada pusingan Suku Akhir dengan melibatkan 8 pasukan kesemuanya. Perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara timbal balik. Final hanya dilakukan sekali sahaja.

Berikut merupakan keputusan undian perlawanan bagi setiap pasukan bagi kejohanan Malaysia Futsal Cup 2023

Jadual dan keputusan Malaysia Futsal Cup 2023

Jadual Dan Siaran Langsung Malaysia Futsal Cup 2023

Untuk kejohanan kali ini, nampaknya kita mungkin berpeluang untuk menyaksikan pertembungan semula antara finalit Pahang Rangers dan JDT apabila mengundi pengundian yang telah dibuat. Tapi adakah mereka mampu untuk sampai ke final?

Jadi untuk peminat sukan futsal tanah air, anda boleh datang ke venue pada hari perlawanan bagi menyaksikan aksi yang akan dipamerkan bagi pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat. Boleh datang dan dapatkan tiket atau beli online di www.tickethotline.com.my.

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir, anda boleh saksikan perlawanan Malaysia Futsal Cup 2023 yang akan disiarkan di beberapa saluran. Anda boleh tonton di Astro Arena 2 802 atau secara live streaming di facebook Xtion Broadcast atau balrz.tv

Dapatkan jadual penuh bagi setiap perlawanan dengan melibatkan kesemua pasukan sepanjang kejohanan Malaysia Futsal Cup 2023. Manakala keputusan pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SUKU AKHIR

19 Ogos 2023
FT : Selangor TOT United (5) - (4) Pahang Rangers
FT : Terengganu (5) - (2) Pulau Pinang
FT : KL City (1) - (3) JDT
FT : Shah Alam City (3) - (6) Selangor MAC

23 Ogos 2023
FT : Pulau Pinang (2) - (3) Terengganu (Agg :4-8)
FT : Selangor MAC (2) - (4) Shah Alam City (Agg: 8-7) 

24 Ogos 2023
FT : Pahang Rangers (7) - (4) Selangor TOT United (Agg: 11-9)
FT : JDT (3) - (3) KL City (Agg: 6-4)

SEPARUH AKHIR

27 Ogos 2023 (Ahad)
FT : Pahang Rangers (7) - (0) Terengganu - 8.30 pm | Live

28 Ogos 2023 (Isnin)
FT : Selangor MAC (0) - (3) JDT - 9.00 pm

2 September 2023 (Sabtu)
FT : Terengganu (3) - (7) Pahang Rangers (Agg: 3-14) - 9.00 pm
FT : JDT (5) - (3) Selangor MAC (Agg: 8-3) - 9.00 pm

TEMPAT KE-3 & 4

10 September 2023 (Ahad)
FT : Terengganu (2)- (7) Selangor MAC - 4.00 pm | Astro Arena 801

FINAL

10 September 2023 (Ahad)
AET : Pahang Rangers (4) - (4) JDT [Pen: 3-1] - 8.30 pm | Astro Arena 801

KEPUTUSAN KESELURUHAN

Juara - Pahang Rangers

Naib Juara - JDT

Tempat Ketiga - Selangor MAC

Tempat Keempat - Terengganu

Post a Comment

Previous Post Next Post