Tiket Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Malaysia Kini Mula Dijual Dengan Harga RM30

Tiket Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Malaysia Kini Mula Dijual Dengan Harga RM30

Berita baik kepada semua peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiket masuk stadium kini sudah mula dijual.

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Malaysia dijadualkan akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan Tier 1 iaitu berdepan dengan Kepuluan Solomon pada 14 Jun 2023 dan Papua New Guinea pada 20 Jun 2023.

Untuk kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung dalam tempoh kalendar FIFA dan ketika itu, tiada aksi kompetitif melibatkan mana-mana kelab terutamanya dalam saingan liga.

Jika sebelum ini, perlawanan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim berikutan Stadium Nasional Bukit Jalil yang dinaiktaraf, kini giliran orang-orang Terengganu pula apabila kedua-dua perlawanan tersebut akan dimainkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Tiket Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Malaysia Kini Mula Dijual Dengan Harga RM30

Bagi yang ingin menonton secara langsung di stadium, bermula 1 Jun 2023, anda sudah boleh mula dapatkan tiket dengan harga RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Harga ini adalah bagi satu perlawanan. Nak pergi dua perlawanan, kena beli 2 tiket.

Tiada penjualan tiket fizikal yang dibuat pada hari perlawanan dan kesemuanya hanya secara online. Boleh dapatkan menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau klik sini untuk terus beli.

Perlawanan ini pastinya penting untuk ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi membuat persiapan awal untuk berhadapan dengan pasukan yang lebih baik dalam saingan Piala Asia 2023 dijadualkan akan bermula pada awal tahun hadapan.

Dalam masa yang sama juga, sempena aksi skuad Harimau Malaya, pihak FAM juga mengumumkan akan berlangsung Festival Harimau Malaya Terengganu 2023 iaitu bermula dari 14 hingga 20 Jun 2023 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Jadi dalam tempoh tersebut, pelbagai aktiviti yang bakal diadakan. Ada pameran, persembahan pentas, night games, night fun ride, cabaran e-sport, food truck disediakan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Selain menonton perlawanan Antarabangsa Kelas A pada malamnya, boleh juga join program tersebut. Boleh datang beramai-ramai nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post