Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru Dan Pantun Untuk Tahun 2023

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru Dan Pantun Untuk Tahun 2023

Hari Guru adalah hari yang disambut setiap tahun di Malaysia iaitu pada 16 Mei bagi bertujuan menghargai sumbungan guru dalam mendidik dan membentu generasi muda negara. Untuk tahun 2023, ianya disambut pada hari Selasa dengan bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani'

Pada hari yang istimewa ini, kita dapat mengungkapkan perhargaan dan ucapan selamat kepada guru-guru kita yang selama ini telah memberikan dan mencurahkan ilmu dan pengetahuan yang berharga kepada kita.

Ucapan Selamat Hari Guru adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada guru kita. Ucapan ini boleh dikongsikan secara langsung sama ada menerusi SMS atau melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Tiktok, Instagram dan pelbagai lagi.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Guru Tahun 2023

Berikut merupakan antara contoh ucapan serta pantun Selamat Hari Guru daripada pelbagai sumber yang anda boleh gunakan untuk kongsi kepada guru-guru anda.

Semoga ucapan-ucapan ini memberikan perkara positif dan kegembiraan kepada semua guru, cikgu dan warga pendidik yang menyambutnya pada tahun ini.

Ucapan Selamat Hari Guru 1

SELAMAT HARI GURU

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu.

Ucapan Selamat Hari Guru 2

"Kaulah pelita hidu bagi kami semua menuju jalan ke arah benar. Penuh ikhlas dan tulis membimbing dan mengajar untuk memastikan kami berjaya"

TERIMA KASIH CIKGU

Ucapan Selamat Hari Guru 3

Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik sahaja sehingga menjadi saya hari ini. Semoga Allah memudahkan perjalanan kehidupan cikgu-cikgu kerana telah membuka jalan yang terang buat saya. Moga Syurgalah tempat terbaik buat cikgu semua.

Selamat Hari Guru

Ucapan Selamat Hari Guru 4

Selamat Hari Guru

Terima kasih atas kesabaran, kebaikan dan dedikasi anda yang tiada henti. Terima Kasih Cikgu!

Ucapan Selamat Hari Guru 5

Guru,

Dalam ajarannya ada harapan,

Dalam tegurannya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,

Dalam diamnya ada kebijaksanaan,

Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAAMT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Ucapan Selamat Hari Guru 6

Wahai guru pengasuh jiwa, jasamu tidak akan ku lupakan, terima kasih kerana telah mendidikku. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku.

Terima Kasih Cikgu

Ucapan Selamat Hari Guru 7

Untuk semua guru yang mulia, Jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa!

Ucapan Selamat Hari Guru 8

Orang hebat boleh melahirkan beberapa karya terbaik. Akan tetapi, guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang yang hebat. Itulah guruku!

Ucapan Selamat Hari Guru 9

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang bergelar "Cikgu, Guru, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya...". Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.

Ucapan Selamat Hari Guru 10

Dear teacher, Wishing you a happy Teacher's Day. Thank you for being the guiding light and for inspiring me to do well in my studies. You are the best teacher.

Ucapan Selamat Hari Guru 11

"Let us remember: One book, one pen, one child, and one teacher can change the world" Happy Teacher's Day!

Ucapan Selamat Hari Guru 12

All the efforts and hard work you have put into bringing out the best in us can never be repaid in mere words. We can only be grateful to have a teacher like you!

Ucapan Selamat Hari Guru 13

I was lucky to have a teacher as wonderful as you. I wish you a Teacher's Day filled with moments of joy!

Pantun Selamat Hari Guru 2023

Pantun Hari Guru 14

Mudik ke hulu mencari palas,

Buat ketupat di hari raya,

Jasa guru tidak terbalas,

Mendidik kami sehingga berjaya.

Pantun Hari Guru 15

Pergi ke hutan hendak berburu,

Pulang ke rumah singgah di kota,

Kalau kita sayangkan guru,

Jagalah adab dan tutur kata.

Pantun Hari Guru 16

Hendak berburu ke luar kota,

Seluas alam bumi terentang,

Tanpa guru siapalah kita,

Ibarat malam tanpa bintang.

Pantun Hari Guru 17

Tampak berbekas rindu tersemat,

Tanjung Aru tempat berjumpa,

Enam belas Mei tarikh keramat,

Jasa guru jangan di lupa.

Pantun Hari Guru 18

ABC dan Alif Ba Ta,

Satu dua tiga dan empat,

Selalu cikgu ajar kita,

Dilatih tubi sampai depat.

Pantun Hari Guru 19

Pakai baju warna biru,

Pergi ke sekolah pukul satu,

Murid sentiasa hormatkan guru,

Kerana guru pembekal ilmu.

Pantun Hari Guru 20

Lima enam tujuh lapan,

Rajin belajar cepat maju,

Apabila dapat maju ke depan,

Terima kasih banyak Cikgu!

Post a Comment

Previous Post Next Post