Siaran Langsung Piala FA 2023 JDT vs Penang

Siaran Langsung Piala FA 2023 JDT vs Penang

Saingan Piala FA 2023 kini bersambung semula apabila mempertemukan dua buah pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim FC dan Penang FC dalam pusingan Suku Akhir yang bakal berlangsung pada 28 Mei 2023, hari Ahad pada jam 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk pusingan kali ini hanya tinggal lapan pasukan dengan melibatkan empat perlawanan sahaja. Kesemua pasukan adalah daripada Liga Super termasuk Terengganu, Kelantan, Sabah, KL City, Negeri Sembilan dan Selangor.

Semalam, 27 Mei telah melibatkan dua perlawanan dimana Selangor dan Terengganu masing-masing berjaya mara ke pusingan Separuh Akhir apabila menumpaskan lawan masing-masing dan hari ini akan berlangsung lagi dua perlawanan.

Penyandang juara Piala FA 2023, JDT pada pusingan 16 sebelum ini telah berjaya menumpaskan pasukan PDRM dengan jaringan tiga gol kosong dan kini mereka bergerak untuk pusingan Suku Akhir bagi bertemu Penang.

Manakala Penang satu-satunya pasukan yang masih bertahan daripada pusingan awal lagi dimana ketika itu berjaya menumpaskan Kedah dalam penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua terikat dengan jaringan dua sama.

Kemudian di pusingan 16 terbaik, Penang telah bertemu Kuching City dan sekali lagi berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jaringan empat gol tanpa balas. Adakah Penang mampu mencalarkan rekod JDT tanpa kalah dalam semua kejohanan setekat ini?

Pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu Selangor FC pada pusingan Separuh Akhir. Selangor telah berjaya mengalahkan Negeri Sembilan ketika bermain di Paroi dengan menewaskan pasukan tersebut dengan jaringan 3-1.

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium Untuk Piala FA 2023

Penyokong-penyokong pasukan JDT, jangan lupa untuk penuhkan stadium dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Tayangan Siaran Langsung JDT vs Penang Dalam Piala FA 2023

Perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia iaitu di Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh langgan Sooka dengan beli pas Liga Malysia dengan harga bermula RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan dan terus boleh live streamin sama ada di platform web atau aplikasi mobile.

Jadual Dan Keputusan Piala FA 2023 Suku Akhir JDT vs Penang

Berikut merupakan jadul penuh meliputi waktu sepak mula, tarikh dan venue perlawanan serta saluran bagi tayangan secara langsung untuk perlawanan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Penang FC. Keputusan pula akan dikemaskini selepas tamat perlawanan

28 Mei 2023 (Ahad)

FT : JDT (5) - (0) Penang

  • Ousmane Fane 32' (OG)
  • Jordi Amat 38'
  • Arif Aiman 49' (P)
  • Corbin-Ong 58'
  • Syafiq Ahmad 90+2'

*JDT melangkah ke Separuh Akhir bertemu Selangor

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola CH803
Live Streaming : Astro Go, Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post